10 Tanda Hampir Bersalin Yang Pasti. Ini Bukan ‘False Alarm’!

tanda bersalin
[rank_math_breadcrumb]

Menurut sumber, hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh due date yang diramal oleh doktor. Biasanya kehamilan akan mencapai usia antara 38 ke 42 minggu. Rasa sakit sejak-sejak ini makin kerap pula. Buat ibu yang pertama kali mengandung, tentu tertanya-tanya apa agaknya tanda bersalin yang patut mereka tahu agar sempat ke hospital.

Ada beberapa cara untuk kita tahu bila saatnya kita akan bersalin dan bukannya sekadar ‘false alarm’. Berikut disenaraikan beberapa tanda bersalin awal dan tanda bersalin yang semakin hampir.

5 Tanda Awal Bersalin Yang Akan Dirasai

Berikut adalah beberapa tanda bersalin awal sebagai persiapan ibu mengandung dan bakal ayah.

1. Rasa Seperti Kandungan ‘Jatuh’

Sejak-sejak ini rasa seperti bayi ke bawah sedikit daripada posisi biasa. Perkara ini biasa berlaku pada hujung waktu kehamilan. Perkara ini boleh berlaku antara 2 ke 4 minggu sebelum kelahiran. Hal ini berlaku kerana kepala bayi yang semakin jatuh ke pelvis.

Anda juga akan rasa tidak selesa pada bahagian ari-ari dan rasa lebih kerap ingin membuang air akibat posisi bayi yang semakin jatuh.

2. Lebih Kerap Sakit Belakang & Kekejangan

Ibu mengandung yang sudah mencapai trimester ketiga lebih mudah berasa sakit belakang terutamanya di bahagian pinggang. Pada waktu ini, ibu mengadung juga lebih mudah berasa kejang pada bahagian rahim seakan kontraksi. Namun begitu, kekejangan ini berkala dan sakit tahap sederhana.

Kekejangan ini tidak sama dengan kontraksi saat hampir melahirkan yang jauh lebih sakit dan berlaku lebih lama.

3. Sendi Terasa Longgar

Semakin kita menghampiri saat untuk bersalin, badan akan merembeskan hormon ‘relaxin’ yang bertindak untuk menenangkan ligamen dan seterusnya membuatkan semua sendi berasa lebih longgar daripada biasa.

Tindakbalas ini berlaku kerana persediaan badan untuk memberi ruang pada bayi untuk keluar daripada rahim dengan melonggarkan sendi pada pelvis.

4. Kerap Buang Air Besar

Hormon yang dirembeskan untuk membantu kelahiran turut memberi kesan kepada pergerakan sistem perkumuhan. Hasilnya, kita lebih kerap ke tandas dan boleh mencapai tahap cirit-birit.

Semasa hendak bersalin juga kita akan rasa ingin membuang. Elakkan perkara ini dengan minum lebih air.

5. Berat Badan Menurun

Dengan segala persiapan untuk bersalin dan kekerapan ke tandas,berat badan mungkin turun sedikit atau anda mula berhenti naik berat badan. Berat badan juga boleh turun kerana perubahan hormon pada badan.

Hal ini tidak perlu dirisaukan kerana walaupun anda sudah kekurangan sedikit berat badan, bayi yang dikandungkan tidak akan terkesan atau kekurangan berat.

5 Tanda Bersalin Yang Semakin Hampir

Berikut pula adalah beberapa tanda bersalin yang lebih serius dan menandakan anda perlu ke hospital dengan segera.

1. Keluar Lendir Dari Vagina

Beberapa minggu sebelum melahirkan anak, kita akan perasan yang lendir lebih kerap keluar berbanding biasa. Lendir pekat yang keluar berwarna merah jambu atau coklat berserta darah adalah cecair yang menutup permukaan laluan keluarnya bayi.

Apabila cecair ini keluar, itu tandanya waktu kelahiran hampir tiba.

2. Rasa Cramp Yang Semakin Kuat Dan Kerap

Tanda ini adalah yang paling ketara menandakan kita semakin hampir untuk melahirkan. Kekejangan ini tidak boleh dihapuskan dengan mengubah posisi atau mengurut. Kekejangan ini juga bersifat lebih kerap dan lama serta lebih sakit. Kekejangan ini jauh lebih perit daripada kekejangan ‘Braxton Hicks’ yang dialami pada trimester ketiga.

Kesakitan ini bermula pada pinggang dan mula merebak ke bahagian bawah abdomen dan ke kaki. Pada mulanya kekejangan ini berlaku selang beberapa minit dan masih boleh tahan lagi. Lama kelamaan, kontraksi ini mencapai satu corak yang tetap iaitu kontraksi dalam setiap lima minit dan setiap kontraksi berlarutan sehingga seminit. Keadaan ini sangat memeritkan, tetapi adalah petanda baik yang kita akan berjumpa cahaya mata kita tidak lama lagi.

3. Badan Menggigil

Semakin hampir tempoh melahirkan, badan akan mula menggigil walaupun tidak sejuk. Perkara ini juga boleh berlaku semasa melahirkan anak. Tidak perlu risau kerana hal ini ialah cara badan melepaskan tekanan. Perkara ini mungkin juga boleh terjadi kerana terlalu gementar.

Tarik nafas dalam-dalam dan lakukan aktiviti menenangkan seperti urutan lembut.

4. Air Ketuban Mula Keluar

Air ketuban yang melindungi kandungan mula keluar tidak akan keluar banyak secara ‘dramatik’ seperti apa yang kita tonton di televisyen. Malah, ia akan keluar seperti bocoran sahaja.

Sementara sampai ke hospital, pakai tuala wanita untuk menahan bocoran. Tetapi, jika air ketuban keluar banyak, segera ke hospital kerana waktu beranak sudah sangat hampir.

5. Serviks Mula Terbuka

Sebagai persediaan untuk menyambut bayi, badan akan bertindakbalas dengan membuka laluan bayi. Dinding serviks akan mula menipis dan terbuka sedikit. Doktor akan membuat pemeriksaan pembukaan serviks sebagai langkah berjaga-jaga.

Namun begitu, serviks tidak akan terbuka serta merta melainkan waktu kelahiran sudah begitu dekat.

tanda bersalin
Foto Kredit: captainmums.com

Ibu Hamil Perlu Peka

Ibu yang mengandungkan anak pertama pasti sukar untuk mengagak waktu untuk bersalin. Doktor akan menyarankan untuk segera ke hospital jika kontraksi kuat berlaku setiap lima minit.

Selain itu, segera ke hospital jika terdapat pendarahan atau air berwarna kehijauan atau coklat keluar. ibu mengandung juga perlu peka sekiranya mengalami simptom aneh seperti pening kepala, penglihatan kabur dan badan bengkak air yang merupakan petanda pre-eklampsia.

Kongsikan Artikel Ini

8 Comments

  1. saya sudah 38 minggu 5 hari..darah n lendir blm keluar lg.tetapi saya kerap mengalami sakit di bahagian celah kangkang.apakah maknanya itu?dan kerap berak..

    1. Puan boleh pergi ke hospital dah ni. Biar doktor sahkan samada sudah berlaku bukaan atau pun belum

  2. Sy dah masuk 38 minggu.. Sekrang ni terlalu kerap cirit birit.. Hari ni dah masuk hari ke empat sy cirit.. Dan selera makn pun berkurang.. Kenape ye? Adakah itu tanda hampir bersalin?

  3. Saya 38minggu keluar lendir putih adakah tanda2 salin dh hampir sebelum nie saya hamil ank prtama dan kedua trun darah yg ke3 nie sya tngok lendir putih sbb xpnah jdi sblum dgr org ckp ada yg kluar lendir tu tanda nk salin..

    1. Puan disarankan untuk berjumpa dengan doktor. Bila dah melepasi tempoh ini, sebarang cecair yang keluar boleh membawa macam-macam maksud. Jadi, jumpa doktor untuk lebih kepastian

    2. Saya dah 3 hari berturut2 kluar lendiran darah coklat.. hari ni hari keempat darah merah keluar.. dalam 5 titik.. hari ini mula sakit bahagian bawah perut.. seakan tegang dan susah nk berjalan.. adakah ni tanda2 saya dah nk bersalin dalam tempoh terdekat? Atau hanya tanda2 awal sahaja?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah