5 Perkara Perlu Tahu Tentang Keputihan Ketika Hamil - Zuriat

5 Perkara Perlu Tahu Tentang Keputihan Ketika Hamil

keputihan ketika hamil
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Keputihan ketika hamil sebenarnya adalah salah satu masalah yang normal. Menurut sumber, disebabkan peningkatan tahap produksi hormon estrogen serta peredaran darah, wanita hamil mungkin akan mengalami kekerapan dan kadar keputihan yang lebih banyak.

Sungguhpun begitu, penting untuk wanita mengetahui cara penjagaan yang optimum dan apakah tanda-tanda yang tidak normal semasa mengalami keputihan ketika hamil. Ini kerana, keputihan amat berkait rapat dengan jangkitan kulat yang menjejaskan kesihatan.

5 Perkara Perlu Tahu Tentang Keputihan Ketika Hamil

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda tahu tentang keputihan ketika hamil.

1. Punca Keputihan

Sebenarnya, cecair yang keluar dari vagina atau leher rahim  ini sebenarnya adalah sisa buangan dari rahim dan vagina. Ia mengandungi bakteria normal serta sel-sel mati dari dinding vagina. Ketika awal kehamilan, cecair ini akan memenuhi saluran serviks (pangkal rahim) untuk berfungsi sebagai lapisan pelindung.

Semasa hamil juga, faraj wanita mengandungi kadar glikogen yang lebih tinggi berbanding normal, dan ini adalah salah satu faktor yang menggalakkan pertumbuhan kulat. Apabila menjelang tempoh bersalin, lendir ini biasanya akan menjadi semakin banyak.

2. Perbezaan Keputihan Normal Dan Keputihan Yang Tidak Normal

Jenis keputihan yang normal adalah berwarna putih susu dan tidak berbau. Sungguhpun begitu, pastikan anda menggantikan panty liner atau seluar dalam dengan kerap agar ianya tidak menjadi sumber jangkitan yis atau bakteria.

Jangkitan pada bahagian faraj agak biasa berlaku semasa hamil. Seringkali, keputihan yang tidak normal akan diiringi dengan beberapa simptom tidak sihat. Berikut adalah cara membezakan kedua-duanya:

SifatKeputihan NormalKeputihan Penyakit
BentukLendir yang cair dan tidak melekatLendir yang kental dan melekat
WarnaBerwarna putih atau krimBerwarna kuning atau kelabu atau hijau
BauTiada bauBerbau busuk
Jumlah yang keluarSedikitBanyak
KekerapanSemasa subur dan sebelum haidApabila berlaku jangkitan pada bahagian faraj
Petanda lainTidak gatalGatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami radang
RawatanTidak perluPerlu rawatan yang segera

Sumber: Portal Kementerian Kesihatan Malaysia

3. Adakah Masalah Keputihan Merbahaya Untuk Bayi Dalam Kandungan?

Umumnya, keputihan ketika hamil yang tidak diiringi simptom luarbiasa adalah tidak merbahaya. Ia hanya memerlukan penjagaan kebersihan yang khusus dan rapi agar tidak menyebabkan jangkitan.

Namun, beri perhatian sekiranya warna cecair yang keluar bertukar menjadi warna kemerahan atau coklat muda atau berdarah. Pendarahan ini boleh dikaitkan dengan gejala kelahiran bayi pramatang.

4. Cara Mengatasi Keputihan Saat Hamil

Sama ada ketika hamil atau tidak, seseorang wanita perlu menumpukan perhatian khusus terhadap penjagaan alat sulit agar sentiasa bersih dan bebas jangkitan.

Antara perkara yang perlu dipraktikkan sekiranya anda mengalami keputihan adalah:

  • Basuh kemaluan dari depan ke belakang setelah membuang air kecil dan bukan sebaliknya. Tindakan ini adalah untuk mencegah penyebaran bakteria dari anus ke vagina.
  • Segera ganti pakaian dan seluar dalam setelah selesai bersenam atau membuat aktiviti yang mengeluarkan peluh.
  • Gunakan seluar dan seluar dalam daripada bahan kapas yang dapat menyerap peluh. Elakkan menggunakan seluar dalam yang diperbuat daripada nilon. Jangan pakai seluar dan seluar dalam yang ketat.
  • Penggunaan sabun atau pencuci vagina perlu dipilih daripada bahan yang sesuai agar tidak menyebabkan kerengsaan pada alat sulit. Jangan menggunakan alat sembur atau pewangi di bahagian tersebut.
  • Selepas hubungan seksual, amalkan membuang air kecil dan basuh bahagian sulit dengan air bersih.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

5. Rawatan Untuk Masalah Keputihan

Untuk mengatasi masalah keputihan ketika hamil, pastikan anda tidak membeli ubat-ubatan di farmasi atau secara online tanpa usul periksa.

Di klinik, doktor akan menjalankan pemeriksaan dan membuat penilaian terhadap masalah keputihan yang dialami. Mereka akan memberikan ubat yang paling sesuai untuk mengatasi masalah anda seperti ubat antikulat.

5 Perkara Perlu Tahu Tentang Keputihan Ketika Hamil 1

Jangan Malu Dapatkan Rawatan

Sungguhpun anda mungkin berasa malu untuk mendapatkan rawatan yang melibatkan masalah ini, jangan biarkan ianya berlanjutan kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kulat yang kronik.

Selain itu, ia turut mengganggu aktiviti harian, menyebabkan rasa rendah diri, serta menjejaskan hubungan suami isteri. Oleh itu, jangan berlengah untuk mendapatkan nasihat doktor sekiranya keputihan semasa hamil turut diiringi dengan gejala lain seperti dinyatakan di atas.

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

4 thoughts on “5 Perkara Perlu Tahu Tentang Keputihan Ketika Hamil”

  1. Hai… Saya nak tanya beberape minggu nie saya ade rase simptom2 ibu hamil seperti mual2 nk muntah, sakit kepale, sakit pinggang, pastu rase mngidam nk mkn mcm2… Tetapi bile saye check menggunakan pregnancy test takde pulak keluar double line… Mcm mne tu ye? Bole bg pendapat sikit.. Tq

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top