7 Khasiat Kurma Yang Luarbiasa Untuk Ibu Hamil. Jom Amalkan!

khasiat kurma untuk ibu hamil
[rank_math_breadcrumb]

Kurma atau tamar telah menjadi makanan dan tanaman sejak 6000 tahun dahulu, di mana ianya adalah salah satu tanaman yang tertua di dunia. Kini ia terkenal sebagai salah satu superfood yang mengandungi pelbagai manfaat dalam meningkatkan tahap kesihatan tubuh. Sebenarnya, kurma patut kita amalkan bukan saja ketika bulan Ramadhan, tetapi juga pada hari-hari biasa. Bagi ibu hamil juga, ia memberi pelbagai kelebihan yang luar biasa.

Mari kita lihat apakah khasiat kurma untuk ibu hamil.

7 Khasiat Kurma Untuk Ibu Hamil. Jom Amalkan!

Berikut adalah khasiat kurma untuk ibu hamil menurut kajian dan laporan sains.

1. Membekalkan Tenaga

Seperti yang kita tahu, kurma diamalkan pada bulan puasa kerana ia berupaya membekalkan tenaga untuk bertahan seharian. Kandungan glukosanya mencapai 50-57% dan ia dapat mengelakkan ibu hamil daripada cepat letih.

Bukan setakat itu saja, ia juga baik untuk diamalkan ketika hampir melahirkan dan setelah melahirkan bayi kelak.

2. Baik Untuk Perkembangan Bayi

Kandungan kalium yang ada dalam kurma dapat meningkatkan rangsangan pada saraf. Manfaat ini menjadikannya amat baik untuk menutrisi bayi dalam kandungan ibu hamil.

Selain itu, protein yang tinggi juga dapat membantu perkembangan bayi kerana ia merupakan pembentuk utama sel manusia.

3. Melancarkan Pencernaan

Selain kandungan glukosa, kurma juga kaya dengan serat, riboflavin, kalium, serta niasin yang membantu melancarkan sistem pencernaan serta mengelakkan sembelit.

Seperti yang kita tahu, sembelit amat cenderung berlaku dan sangat ‘menyeksakan’ wanita hamil dan ibu yang telah melahirkan bayi.

4. Mencegah Anemia

Menurut laman web LiveStrong, khasiat kurma untuk ibu hamil antaranya dapat mencegah masalah anemia. Ini kerana ia kaya dengan zat besi yang tinggi serta kandungan kalsium yang turut menyokong perkembangan tulang.

5. Mengekalkan Keseimbangan Elektrolit Tubuh

Di samping itu, kurma juga tinggi potassium, di mana ia dapat membantu mengekalkan keseimbangan elektrolit pada tubuh di kala isipadu darah bertambah sepanjang kehamilan.

Khasiat kurma untuk ibu hamil juga boleh membantu mencegah masalah pre-eklampsia pada akhir kehamilan.

6. Meningkatkan Sistem Imun

Sebuah penelitian yang dilakukan pakar menemui bahwa buah kurma memiliki sifat anti-kanser, serta memiliki zat antioksidan yang berfungsi untuk mempertahankan tubuh daripada serangan radikal bebas.

Dengan memakan kurma, sistem imun ibu hamil dapat menjadi lebih efisyen sehingga tidak mudah terkena jangkitan.

7. Melancarkan Penyusuan Susu Ibu

Selain manfaat untuk kesihatan ibu, kurma juga boleh membantu melancarkan penghasilan susu ibu. Kurma terkenal sebagai salah satu makanan yang dapat memproduksikan susu ibu hingga melimpah ruah kerana nutriennya yang tinggi.

Banyak Khasiat Kurma Untuk Ibu Hamil

Ada pelbagai cara menikmati kurma – ia boleh dimakan begitu saja, dimasukkan dalam bijirin atau oatmeal, sebagai minuman atau smoothie, atau dijadikan pemanis semulajadi dalam kek mahupun biskut diet.

Jadi, jom amalkannya bersama seisi keluarga!

Kongsikan Artikel Ini

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah