Bakal Ibu! Baca 7 Simptom Ini, Mungkin Anda Sedang Mengandung.

tanda-awal-mengandung
[rank_math_breadcrumb]

“Mengandung ke tak?” Untuk jawapan, perhatikan kepada struktur tubuh badan anda. Paling mudah apabila anda sudah tidak dikunjungi haid untuk tempoh yang lama.

Masa ini, segerakan lah jumpa dengan doktor. Buat temu janji dengan doktor. Atau boleh juga lakukan home pregnancy test. Jadi, Daddy nak share 5 simptom ibu sedang mengandung.

tanda-awal-mengandung

Simptom #1- Payudara Sakit-Sakit. (Breast Pain)

Tanda-tanda paling awal adalah ibu-ibu akan rasa sakit sikit di bahagian payudara. Tissue payudara adalah paling sensitif terhadap hormon.

Oleh itu, apabila berlaku persenyawaan. Hormon progesterone dan hCG akan dikeluarkan dan merebak seluruh badan. Darah dalam badan akan meningkatkan.

Sebab itu, ibu-ibu akan rasa payudara membengkak dan berat daripada biasa. Jelas?

Simptom #2- Penat Yang melampau.

Kalau ibu-ibu bekerjaya, datang pejabat rasa nak tidur. Rasa penat dan lemah semacam. Ini pun tanda-tanda awal ibu-ibu sedang mengandung.

Sebab apa? Of course la ibu-ibu. Bayi dalam perut tu dah ambil kalori ibu-ibu untuk kegunaan mereka. Kalori penyumbang kepada tenaga. No wonder la ibu-ibu akan penat sangat.

Simptom #3- Kerap Buang Air Kecil. (Kencing)

Selalu sangat ke bilik air untuk membuang air kecil merupakan tanda-tanda ginjal mula buat kerja dengan lebih kerap. Ginjal perlu kerja lebih keras untuk membuang bahan toksik semasa ibu mengandung.

Simptom #4- Mengidam

Aigooo! Masa ini, si suami perlu bertabah hati. Memang si isteri akan demand macam-macam. Nak itu nak ini. Nak sana nak sini. Bersabarlah wahai bapa-bapa.

tanda-awal-mengandung-part1

Itu biasa. Sebab ibu-ibu memang perlukan karbohidrat untuk mengekalkan keseimbangan keperluan bayi dan bekalan tenaga ibu-ibu untuk tugas harian.

Simptom #5- Pening Kepala

Kandungan darah dalam badan meningkat boleh meningkatkan stres. Seterusnya, menyebabkan kepala ibu-ibu akan sakit. Bahasa mudah, adalah pening-pening.

Simptom ini adalah biasa. Memandangkan, badan baru mahu menyesuaikan diri dengan keadaan badan yang mengandungi hormon yang luar dari kebiasaan.

Simptom #6- Sembelit

Ouch! Seksa kalau tak dapat membuang ni. Tapi ini lah pengorbanan ibu mengandung. Punca utama adalah hormon akan memperlahan proses penyahtinjaan.

Dalam situasi ini, makanan tak dapat dialirkan dengan kadar yang betul. Dan ibu-ibu akan dalam keadaan ini sepanjang proses mengandung. Sayangi lah ibu-ibu kita.

Simptom #7- Mood Swing!

tanda-awal-mengandung-part2

Dah macam swing baseball. Tapi ini lebih menakutkan. Ibu-ibu mengandung memang mood cepat swing.

Semakin meningkat paras hormon hCG, ibu-ibu akan rasa lebih penat. Faktor ini akan membuatkan ibu-ibu dalam keadaan moddy. – Goist

Ditambah lagi, sakit pening kepala, sembelit dan breast pain lagi. Nak Daddy tambah lagi? Hehe. Oleh itu, hargai lah isteri-isteri kita. Eh! Satu sahaja isteri.

 

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah