
Minggu ini bayi anda sudah pun sebesar cili benggala. Walaupun saiznya baru sebesar ini, sudah mula buatkan anda termengah-mengah dan sakit belakang. Secara purata ukuran bayi ketika minggu ke-22 ialah kira-kira 10.9 inci panjang dan seberat 430 gram.
Tamat sahaja minggu ke 22 ini, anda secara rasminya sudah hamil selama 5 bulan.
Untuk ibu pula, perut anda sudah memboyot besar. Kedudukan Uterus (janin) berada kira-kira 1 inci atas dari Pusat anda (bolehlah cuba ukur).
Pada minggu ini, bayi anda sudah mula mengaktifkan deria sentuh dan belajar menggenggam tangannya. Disebabkan tiada apa yang dapat bayi pegang, dia akan memegang tali pusatnya (Jangan risau. Tali pusat tersebut cukup kuat untuk elak dari terputus), telinga atau hidungnya.
Selain itu juga, minggu ke 22 ini, deria penglihatan bayi sudah boleh memberi reaksi kepada cahaya dan kegelapan walaupun matanya masih lagi tertutup. Walaubagaimana pun, janin anda biasanya sentiasa dalam keadaan gelap.
Jadi, kalau anda tak percaya, anda boleh cuba menyuluh lampu suluh ke perut anda. Kebarangkalian untuk bayi anda bergerak sangat tinggi. Jangan risau, eksperimen ini tak membahayakan pun.
Dalam minggu ini juga, bayi anda sudah mula mendengar keadaan di dalam badan anda seperti pernafasan anda, denyut jantung anda dan bunyi perut anda ketika kelaparan. Bolehlah anda cuba dengan membuat bunyi dalaman untuk merasai samada bayi anda bertindak balas dengan bunyi dalaman atau pun tidak.
TIPS MINGGU INI