
Anda pergi ke pasaraya dan cari sebiji pisang yang agak besar. Itulah saiz bayi anda dalam kandungan pada minggu ke 21 kehamilan. Ukurannya lebih kurang 10.5 inci panjang dan dengan beratnya antara 310-340 gram.
Jadi 21 minggu maksudnya sudah pun mencecah 5 bulan. Ada 4 bulan lagi sebelum anda akan bersalin.
Antara simptom yang boleh berlaku pada minggu ini ialah :
Minggu ini juga adalah minggu terbaik untuk anda berjumpa doktor gigi untuk mencuci gigi. Tempoh mengandung adalah waktu yang membuatkan gigi menjadi semakin lemah. Jadi, mencuci gigi dapat bantu mengurangkan bakteria dan kuman dalam mulut dari kekal aktif.
Pada minggu ini, sekiranya anda makan, ada kemungkinan untuk bayi juga turut dapat merasa rasa makanan yang sama.
Ini terjadi kerana bayi minum sedikit air ketuban anda setiap hari untuk belajar dan berlatih menelan dan menghadamkan makanan, satu skill yang sangat perlukan sebaik sahaja bayi keluar dari perut anda nanti.
Air ketuban mempunyai rasa yang berbeza-beza setiap hari bergantung kepada apa yang anda makan pada hari tersebut.
Jadi, inilah waktunya untuk anda mula mengajar anak anda rasa sayur dan makanan berkhasiat yang lain. Dengan syarat, anda sendiri kena makan sayur dulu.
Bayi anda juga sudah mula membentuk lemak pada badan mereka untuk mengekalkan rasa panas. Selain itu juga, penghasilan darah dalam badan bayi juga sudah mula diambil alih tulang sumsum daripada hati dan limpa badan bayi.
Bayi juga sudah mula mampu untuk bergerak dengan lebih teratur disebabkan neuron otak sudah bersambung dengan otot dan tulang bayi. Anda mungkin dah boleh rasa pergerakan yang konsisten di dalam kandungan anda ketika ini.
TIPS MINGGU INI
Sekiranya anda nak belajar tentang kelas bersalin mudah, minggu ini sudah mula sesuai untuk anda belajar.