Doa Mudah Bersalin Yang Boleh Diamalkan Isteri & Suami

[rank_math_breadcrumb]

Bersalin sememangnya satu momen yang sangat menakutkan ibu hamil. Perasaan risau, takut gemuruh, semuanya bermain di dalam minda.

Malah, sakit bersalin juga dikategorikan sebagai sakit kedua yang paling sakit selepas mati.

Memang tidak dinafikan bahawa tubuh wanita mengalami proses yang amat kritikal semasa bersalin yang melibatkan antara hidup dan mati.

Jadi, untuk menenangkan hati semasa bersalin, ada beberapa doa yang boleh anda amalkan.

Diharap dengan doa-doa ini ianya dapat

  • Memberikan ketenangan dalam hati
  • Memberikan kekuatan untuk menempuh sakit bersalin dengan mudah
  • Bertawakal sepenuh jiwa dan raga kepada Allah SWT
  • Memberi keyakinan yang Allah bersama-sama kita

 

Doa Agar Dimudahkan Bersalin Normal Ataupun Czer

 

Doa Dari Surah Maryam Ayat 26

Kisah ibu kepada Nabi Isa, Maryam, sangat mendebarkan. Saat bersalinkan Nabi Isa, Maryam bersendirian di tengah padang pasir dan hanya berserah kepada Allah SWT semata-mata.

فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنسِيًّا

“Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini”.

Paling baik ialah jika anda sempat membaca keseluruhan Surah Maryam sehingga habis sebelum proses bersalin bermula.

Doa Nabi Zakaria Dari Surah Ali Imran Ayat 38 

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

Doa ini dipanjatkan Nabi Zakaria saat memohon agar dikurniakan zuriat buat dirinya dan isterinya yang mandul.

Asbab dari doa ini juga boleh kita amalkan semasa bersalin agar dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

 

Doa Dari Surah Faatir Ayat 11

وَاللَّهُ خَلَقَكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ جَعَلَكُمْ أَزْوَاجًا ۚ وَمَا تَحْمِلُ مِنْ أُنثَىٰ وَلَا تَضَعُ إِلَّا بِعِلْمِهِ ۚ وَمَا يُعَمَّرُ مِن مُّعَمَّرٍ وَلَا يُنقَصُ مِنْ عُمُرِهِ إِلَّا فِي كِتَابٍ ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ 

Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.

Ayat ini mengisahkan tentang kisah kejadian manusia dari alam rahim sehinggalah menjadi manusia yang sempurna.

Doa ini juga sesuai diamalkan semasa bersalin kerana pengorbanan seorang ibu yang bertarung antara hidup dan mati semasa proses kelahiran.

 

Doa Yang Suami Boleh Amalkan Semasa Isteri Bersalin

Suami yang berada disisi isteri semasa proses bersalin juga akan berasa cemas dan tidak senang duduk.

Melihat kesakitan dan keperitan yang ditanggung isteri saat mengeluarkan seorang bayi dari janin ke bawah.

Justeru, amalkan doa ini sepanjang proses kelahiran dan bertawakallah sepenuh hati kepada Allah SWT.

ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخي

(rabbi yassir wa la tu’assir ,rabbi tammim bil khayr)

Ya Allah kau mudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan”

Selain itu juga, suami boleh mengamalkan Surah Insyirah kerana setiap kesukaran itu pasti akan disusuli dengan kemudahan.

Tips Dipermudahkan Proses Bersalin

Selain mengamalkan doa-doa di atas, anda juga boleh melakukan beberapa tips mudah dibawah bagi menyenangkan lagi proses bersalin.

  1. Makan kurma, madu atau apa-apa buah-buahan yang dapat memberikan tenaga instant kepada tubuh. (Proses meneran memerlukan banyak tenaga)
  2. Banyakkan berjalan dan bergerak sebelum bersalin. Sebaik sahaja anda dapat merasakan surge dan bukaan di bahagian bawah, buat aktiviti berjalan sekerap mungkin
  3. Positifkan minda dan hati. Cuba untuk buang perasaan takut dan gantikan dengan kegembiraan untuk menyambut zuriat baru anda
  4. Buat teknik pernafasan dan teknik meneran yang betul dan teratur. Anda boleh belajar dari video dibawah.
  5. Pastikan anda berada dalam posisi yang paling anda selesa. Tinggikan sedikit kepala katil untuk memudahkan anda sewaktu proses meneran nanti

Kesimpulannya, bertenanglah dan sentiasa bertawakal kepada Allah SWT. Betulkan mindset anda berkenaan bersalin.

Hayati dan nikmati proses kontraksi, meneran dan bersalin dengan sebaik-baiknya. Bersalin ialah anugerah yang Allah ciptakan khusus dan istimewa buat wanita sahaja.

Percayalah…Tiada seorang pun lelaki yang mampu menjadi sekuat seorang wanita untuk menghadapi proses bersalin demi melahirkan seorang insan ke muka bumi ini.

 

Rujukan : Al-Quranul Karim, IbuSyurga.blogspot.com, karangkraf.com, penyusuan.com

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah