9 Cara Menghilangkan Kerisauan Ketika Hamil

cara-hilangkan-kerisauan-semasa-hamil
[rank_math_breadcrumb]

Semasa kehamilan pertama, semuanya pengalaman baru! Dan pastinya perasaan bimbang dan rasa ingin tahu membuak-buak di dalam diri anda.

Namun,sekiranya anda sedang hamil kali kedua, ianya pasti dilalui dengan lebih mudah kerana pengalaman menjadikan anda lebih matang.Tetapi, kebimbangan semasa mengandung tetap dirasai dan ia merupakan perkara biasa!

 

1.Jangan Mengambil Dan Mengikut Nasihat Semua Orang

Setiap ibu pasti mempunyai cerita tersendiri tetapi tiada cerita tentang kehamilan yang sebiji dengan apa yang anda alami dengan apa yang orang lain alami kerana semua orang berbeza-beza.

Anda tidak perlu memikirkan nasihat, pendapat dan sejarah peribadi orang lain.Sememangnya, meminta nasihat merupakan satu perkara yang baik. Namun, tidak semua nasihat boleh diguna pakai kerana tidak semua perkara yang anda dengar akan berlaku kepada anda.

Setakat sejarah peribadi kehamilan wanita lain dan cerita tentang kelahiran, tidak perlulah anda ambil peduli tentangnya. Kadang-kadang, mendengar cerita-cerita tersebut adalah seram dan menakutkan!

Justeru,elaklah daripada mendengarnya kerana mendengar perkara-perkara seperti itu boleh membuat anda berasa risau dan gementar.

 

2. Jangan Biarkan Doktor Membuat Anda Tertekan.

Sekiranya anda pernah menjalani proses kehamilan dan kelahiran secara tradisional iaitu dengan menggunakan bidan,ketahuilah bahawa pendekatan mereka gunakan berbeza dengan doktor.

Sekiranya pada kehamilan seterusnya anda berjumpa dengan doktor pakar tentang kehamilan untuk lawatan pra-bersalin, bersiap sedialah untuk menerima pandangan daripada doktor tersebut.

Kemungkinan besar pandangan dan falsafah tentang kehamilan dan kelahiran anda tidak sepadan dengan pandangan doktor tersebut. Yang menjadi masalah apabila ada beberapa protokol yang perlu diikuti yang tidak diingini oleh anda.

Jangan biarkan doktor buat anda tertekan
Foto Kredit: SpeechBuddy.com

Perkara yang boleh anda lakukan untuk tidak membenarkan sikap dan komen doktor untuk memberi anda tekanan :

  • Pergi ke temu janji anda dengan pemikiran bahawa terdapat mungkin akan menjadi konflik dan anda bersedia untuk itu.
  • Anda mestilah sedar bahawa pandangan anda dan mereka mungkin tidak sama, tetapi tidak mengapa, anggaplah mereka hanya melakukan apa yang mereka tahu.
  • Anda perlu sentiasa beringat bahawa perjumpaan anda adalah dalam masa yang singkat supaya anda boleh menahan diri anda dari sebarang kritikan dan sebagainya.

 

3. Baca Buku Yang Menyeronokkan

Seorang wanita hamil akan membaca buku-buku tentang kehamilan dan kelahiran. Tidak ada keraguan mengenainya! Tetapi pilihlah buku anda dengan bijak.

Membaca buku yang membuatkan anda takut adalah tidak membantu. Jadi, bacalah buku mengenai apa yang anda harapkan untuk badan anda dan si manja seperti penyusuan susu ibu dan penjagaan bayi yang baru lahir.

Tetapi saya juga mencadangkan kepada anda untuk membaca buku-buku berkenaan kebahagiaan. Ianya membantu anda mendapatkan ketenangan melalui buku-buku tersebut.

Seorang wanita hamil akan melalui banyak perubahan fizikal, emosi dan hormon yang membuatkan sikap dan perasaan boleh berubah dengan cepat. Jika anda mempunyai sebuah buku yang baik (contoh: pengalaman penulis buku semasa kehamilan) yang boleh dijadikan ‘senjata’ untuk melawan kesakitan, ia akan menjadikan anda lebih baik!

 

4. Bercakap Dengan Orang Lain Yang Lebih Berpengalaman

Jangan hanya bergantung pada buku dan artikel internet tetapi bercakaplah dengan orang yang sebenar dan berpengelaman dan bertanyakan soalan yang anda perlukan jawapan.

Ia adalah satu lagi cara untuk mengelilingi diri dengan “banyak penasihat.” Ingat apa yang saya katakan tentang tidak mengambil nasihat semua orang untuk di simpan? Oleh itu,jadilah bijak dalam memilih orang untuk anda berbual. Bijaksana juga terhadap soalan yang anda ingin tanya.

nasihat dari ibu berpengalaman
Foto Kredit: Shape.com.sg

 

5. Sentiasa Berdoa Dan Mendekatkan Diri Dengan Tuhan

Jika anda seorang yang beragama, hargailah hubungan anda dengan Tuhan. Luangkan masa untuk berdoa setiap hari dan renungkan apa yang anda baca dalam Al-Quran. Itulah nilai yang besar dan bantuan kepada anda.

Saya mencadangkan anda melakukan beberapa doa yang berimpak.Walaupun, anda tidak pernah melakukannya sebelum mengandung, tetapi anda pasti amat gembira selepas melakukannya!

 

6. Dapatkan Ketenangan

Anda perlu berusaha untuk mendapatkan ketenangan di dalam hati dan rumah anda. Anda perlu tahu bahawa perasaan anda langsung memberi kesan kepada bayi.

Lebih tenang anda, lebih senang anda melalui proses kehamilan. Justeru,lakukan perkara-perkara yang mudah dan tidak membuatkan anda sibuk seperti menyediakan makan malam yang mudah disediakan.

Anda juga boleh membuat jadual diri annda supaya kehidupan anda tersusun. Jangan mencaci diri anda sendiri apabila anda terlepas sesuatu yang penting. Anda perlu mempunyai masa yang tenang dengan Tuhan setiap hari dan tidak terlalu merancang hari anda.

 

7. Mencari Masa Untuk Bersendiri

Sekiranya anda mempunyai bayi,anda boleh menggunakan masa ketika bayi anda tidur untuk meluangkan masa bersendiri.Anda boleh menonton tv dan makan ais krim bahkan untuk tidur!

Ambil sedikit masa daripada setiap hari untuk anda! Jika anda tidak mendapat masa bersendiri,cubalah pujuk si suami untuk membantu anda mendapatkan masa tersebut.

Jangan terlebih merancang hari anda. Anda akan menjadi lebih letih daripada biasa dan tertekan jika terlepas majlis atau mesyuarat.Justeru, sentiasa rancang masa bersendiri dalam seminggu supaya tidak sibuk sepanjang masa!

cari masa bersendiri semasa hamil
Foto Kredit: GoodToKnow

 

8. Benarkan Diri Anda Untuk Menikmati Kehamilan Anda

Anda mungkin ingin memberitahu saya bahawa anda tidak benar-benar menikmati menjadi hamil. Ia adalah masa yang sukar dan tidak berasa menakjubkan dan sebagainya.

TETAPI,walaupun anda tidak menikmati kehamilan, anda boleh menikmati masa anda bersendiri yang menjadikan anda lebih tenang dalam kehidupan.

Semua orang menikmati perkara yang berbeza mengenainya.Menikmatilah ia sebaik mungkin kerana setelah kelahiran datang,anda akan sibuk dengan bayi anda!

 

9. Luahkan Perasaan Anda

Mempunyai seseorang untuk meluahkan perasaan anda kepadanya adalah satu perkara yang selesa.Anda boleh menceritakan kepada si suami sekiranya berasa bimbang akan sesuatu. Dan apabila anda melakukannya, anda akan menjadi lebih selesa.

Kadang-kadang si suami langsung tidak perlu mengatakan apa-apa dan cukup sekadar mendengar masalah anda sudah boleh membuat anda berasa selesa.

Namun,ada juga masa yang lain yang anda akan memerlukan nasihat.Jika anda tidak pernah meluahkan perasaan, anda tidak akan mendapatkan jawapan atau keselesaan yang anda perlukan.

 

 

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah