8 Jenis Makanan Yang Mampu Meningkatkan Kesuburan Wanita

[rank_math_breadcrumb]

“Dah nak dekat setahun mencuba, bilalah nak mengandung ni. Bila buat UPT, asyik negatif saja. Aku tanya doktor, dia kata awal lagi untuk buat rawatan. Apa yang patut aku buat ya?”

Ada wanita yang cepat hamil walaupun baru beberapa bulan bernikah. Namun, sesetengah wanita pula mengambil masa lebih lama atas sebab-sebab tertentu.

Selain daripada genetik, makanan adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada keadaan kesihatan manusia secara umumnya. Dalam pada itu, terdapat kajian yang menyimpulkan bahawa terdapat perkaitan antara kesuburan wanita dengan jenis makanan yang diambilnya.

Oleh itu, sekiranya anda berasa sukar untuk hamil walaupun telah mencuba berkali-kali, apa kata perbanyakkan nutrisi anda dengan 8 jenis makanan untuk subur ini.

8 Jenis Makanan Untuk Subur Bagi Wanita

1. Buah Dan Sayuran Segar

Pertama sekali, penting untuk anda memperbanyakkan sumber buah-buahan dan sayuran segar kerana kedua-dua sumber ini mempunyai terlalu banyak khasiat yang baik untuk tubuh.

Makanan segar kaya dengan antioksidan, vitamin dan serat, di mana ia boleh membantu penyerapan zat besi dengan efisyen di samping melancarkan pergerakan usus agar berfungsi dengan lebih efisyen untuk menyingkirkan toksin dari badan.

Secara spesifiknya, sayuran berdaun hijau pula amat digalakkan kerana ia merupakan sumber asid folik yang baik untuk sistem peranakan wanita.

Foto Kredit: food.ndtv.com

2. Makanan Berprotein

Makanan berprotein yang bersumber daripada haiwan adalah daripada ayam, lembu, dan sebagainya. Makanan berprotein daripada sumber tumbuhan pula adalah seperti tempe, tahu, kacang tanah, atau sayuran jenis kekacang seperti bendi dan kacang buncis.

Sesetengah pakar mendapati bahawa sumber protein dalam tubuh mampu meningkatkan kesuburan. Apa pun, hindari daripada pengambilan berlebihan, terutamanya yang bersumber dari haiwan.

Foto Kredit: cooking.lovetoknow.com

3. Roti Dan Bijirin Kaya Serat

Cuba tukarkan diet anda dengan memakan roti gandum berbanding roti putih, atau menukar beras putih dengan beras perang.

Ini kerana, ada penelitian mendapati karbohidrat yang diproses mampu meningkatkan kadar gula dalam darah. Kandungan gula atau insulin dalam darah pula dapat mengganggu hormon reproduksi dan menjadikan kitaran haid anda menjadi tidak tetap.

4. Ikan

Zat yang baik untuk melalui ikan dapat meningkatkan keberhasilan reproduksi melalui asid lemak dan omega-3 yang terkandung di dalamnya.

makanan untuk subur
Foto Kredit: kidspot.com.au

5. Produk Tenusu

Menurut kajian, seseorang mempunyai lebih potensi untuk hamil apabila kerap memakan produk tenusu seperti susu segar, keju, dan yoghurt.

Sebaiknya, pilih daripada jenis yang rendah lemak. Selain memperkuatkan tulang, ia juga amat baik untuk kesuburan anda.

Foto Kredit: vkool.com

6. Tiram

Tiram dikatakan memiliki kandungan zat besi yang paling banyak dalam setiap suapan. Nutrisi ini adalah sangat penting untuk menghasilkan telur yang berkualiti semasa proses ovulasi.

Selain itu, ia dikenali sebagai makanan yang paling baik untuk meningkatkan nafsu secara semulajadi.

Foto Kredit: georgiatrend.com

7. Ubi

Ubi terkenal sebagai salah satu makanan untuk subur. Makanan ini kaya dengan vitamin yang baik untuk kesuburan. Sesetengah berpendapat ia dapat merangsang proses ovulasi wanita.

Foto Kredit: top5ofanything.com

8. Kekacang Dan Bijian

Apabila mengidamkan snek, makanlah dari sumber kekacang. Kacang almond, walnut, gajus, pistachio, dan sebagainya mengandungi asid folik dan omega-3 yang baik untuk kesuburan.

Selain itu, biji matahari, kuaci, dan chia seed juga membekalkan sumber yang tidak kurang hebatnya untuk membantu kesihatan dan kesuburan.

makanan untuk subur
Foto Kredit: food.ndtv.com

Kekalkan Gaya Hidup Aktif

Selain mengambil makanan untuk subur, kurangkan snek dan makanan rapu, makanan segera, dan makanan berproses kerana makanan ini mengandungi bahan kimia dan pengawet yang tidak baik untuk kesihatan tubuh.

Di samping itu, tingkatkan juga aktiviti harian kerana berat badan yang ideal juga dapat membantu menjadikan organ tubuh lebih sihat secara keseluruhannya.

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah