5 Khasiat Dan Kebaikan Chia Seed Untuk Ibu Mengandung Yang Perlu Anda Tahu

khasiat chia seed untuk ibu mengandung
[rank_math_breadcrumb]

Chia seed adalah biji-bijian yang berasal daripada tumbuhan salvia hispanica. Kelihatan seakan-akan biji selasih, chia seed boleh dimakan tanpa di rendam. Disebabkan itu, ia juga mempunyai pelbagai menu yang direka untuk mendapatkan manfaat superfood ini. Menurut sumber, biji-bijian ini dipercayai berasal dari Amerika Tengah dan merupakan makanan asas dalam diet masyarakat sejak zaman kuno Aztec.

Umumnya, kita tahu bahawa chia seed amat baik untuk kesihatan, tetapi apakah khasiat chia seed untuk ibu mengandung? Adakah selamat untuk mengamalkannya?

Selamatkah Chia Seed Untuk Ibu Mengandung?

Menurut laman web kesihatan LiveStrong, pengamalan chia seed semasa hamil adalah selamat. Malah, ia berpotensi untuk menambahkan kualiti kesihatan bagi ibu dan bayi dalam kandungan.

Namun, sekiranya anda pernah mengalami sebarang jenis alergi atau alahan terhadap makanan jenis kekacang atau biji-bijian, pastikan anda mencuba dalam kuantiti yang kecil dahulu untuk melihat reaksinya. Selain itu, sekiranya anda sedang mengambil ubat-ubatan bagi penyakit spesifik seperti darah tinggi dan sebagainya, lebih baik dapatkan nasihat doktor sebelum mengamalkannya.

5 Khasiat Chia Seed Untuk Ibu Mengandung

Berikut adalah beberapa khasiat chia seed untuk ibu mengandung.

1. Kaya Omega-3

Chia seed kaya dengan asid lemak Omega-3 yang penting untuk kesihatan otak dan perkembangan bayi.

Selain itu, ia juga dapat membantu kesihatan rambut, kulit, dan kuku ibu mengandung agar lebih berseri-seri.

2. Sumber Kalsium Yang Tinggi

Kalsium amat diperlukan oleh wanita mengandung dan perkembangan tulang bayi, terutamanya dalam trimester ketiga. Siapa sangka, biji-biji kecil chia seed ini mengandungi sumber kalsium yang amat tinggi.

Malah, ada kajian yang disiarkan melalui HuffingtonPost ini yang mendakwa bahawa jumlah kalsium dalam chia seed adalah 5 kali lebih tinggi berbanding susu.

3. Mencegah Sembelit

Tubuh badan melalui pelbagai perubahan fizikal dan juga hormon ketika hamil. Disebabkan itu, pelbagai masalah kesihatan yang muncul, contohnya sembelit.

Chia seed adalah sumber serat tidak larut yang dapat membantu mencegah masalah tersebut. Hanya dengan 2 sudu bijian ini setiap hari, chia seed mampu memenuhi 38% daripada jumlah fiber yang diperlukan oleh tubuh.

4. Meningkatkan Zat Besi Dalam Darah

Semasa hamil, isipadu darah dalam tubuh wanita hamil boleh meningkat sehingga 50%. Untuk menyokong pertambahan sel darah merah, zat besi amat diperlukan agar ia dapat membawa oksigen ke seluruh tubuh dengan efisyen.

Selain itu, zat besi juga berfungsi untuk membantu ibu hamil berasa segar lebih bertenaga sepanjang hari!

5. Mengurangkan Kekejangan / Cramp

Kekejangan, terutamanya pada kaki selalunya dikaitkan dengan kekurangan magnesium. Ia juga boleh berlaku pada otot badan yang lain seperti perut. Chia seed dikatakan mengandungi 15 kali lebih magnesium berbanding brokoli.

Selain kekejangan, antara simptom kekurangan magnesium adalah timbulnya rasa loya dan muntah-muntah. Sesetengah kajian juga mendapati chia seed mampu mengurangkan kontraksi awal pada rahim, sekaligus mengurangkan risiko kelahiran pramatang.

Jom Manfaatkan Kebaikan Chia Seed!

Diangkat sebagai salah satu makanan yang paling sihat di dunia, chia seed kini lebih dikenali, dan mula dijual melalui jenama-jenama bahan organik dan kesihatan secara meluas. Ia juga mudah didapati di Malaysia. Menurut saranan pakar, kadar harian yang paling sesuai adalah 2 sudu besar setiap hari.

Selain khasiat chia seed untuk ibu mengandung di atas, chia seed juga adalah sumber pemakanan yang baik kerana biasanya ia ditanam secara organik dan gluten-free. Walaubagaimanapun, jangan pula keterlaluan dalam mengamalkan apa saja jenis makanan, sekalipun ianya superfood. Ini kerana, ibu hamil perlu mendapatkan sumber makanan yang seimbang dari semua kumpulan dalam piramid makanan.

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah