6 Cara Mengatasi Sembelit Bayi Dengan Cepat. Berkesan!

[rank_math_breadcrumb]

Sebenarnya, sembelit bukanlah penyakit. Menurut laman web kesihatan WebMD, ia tidak didiagnosis berdasarkan bilangan hari anak kita tidak membuang air besar.  Walaubagaimanapun, kita sebagai ibu bapa perlu tahu cara mengatasi sembelit bayi untuk memastikan sistem pencernaan anak kita berfungsi dengan betul.

Semakin anak-anak kita membesar, keperluan nutrien mereka juga berubah untuk tumbesaran yang sihat. Tubuh mereka sedang cuba untuk menyesuaikan diri  dengan pemakanan yang diberikan. Sehingga ke satu tahap, mereka mungkin akan mengalami sembelit.

6 Cara Mengatasi Sembelit Bayi Secara Semulajadi

Berikut adalah cara mengatasi sembelit bayi yang boleh anda lakukan di rumah.

1. Beri Buah-buahan Berserat

Bagi bayi berusia 6 bulan ke atas dan menyusu susu formula,  boleh berikan mereka makanan separuh pepejal  yang kaya dengan serat seperti lobak merah segar yang dikisar.

Untuk kanak-kanak setahun keatas, berikan jus betik untuk membantu melancarkan sistem pencernaan. Selain mengandungi serat, buah betik juga memiliki bahan semulajadi untuk merangsang pergerakan usus.

2. Tukar Susu Formula

Jika bayi baru lahir dan hanya menyusu badan, anda tidak perlu risau jika mereka tidak membuang air besar selama beberapa hari. Biasanya sembelit tidak berlaku disebabkan susu badan. Teruskan menyusu badan seperti biasa.

Namun, sekuranya anak anda menyusu susu formula, mereka lebih mudah untuk mengalami sembelit. Cuba kurangkan kepekatan susu ketika membancuh atau tukar kepada jenama lain. Sesetengah jenis susu formula mungkin tidak sesuai dengan anak anda. Minta nasihat doktor untuk memastikan susu tersebut sesuai untuk anak anda.

3. Galakkan Bayi Minum Lebih Air Masak

Sembelit sering berlaku apabila badan kekurangan air. Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke atas, biasakan mereka minum air masak. Ingatkan mereka untuk minum sekali dalam sejam. Pastikan bawa bekalan air ketika keluar bermain terutamanya ketika cuaca panas.

*Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke bawah tidak perlu diberi air masak kerana air susu ibu sudah cukup untuk menampung semua nutrisi yang diperlukan. Malah, jika ia diberi berlebihan boleh menyebabkan bahaya seperti kekurangan berat badan, kekurangan garam, dan menyusutkan penghasilan susu ibu.

4. Ajak Bayi Bersenam / Bergerak Aktif

Bersenam dapat membantu melancarkan pencernaan. Bawa anak anda keluar bermain sekurang-kurangnya 30 minit dan anda pasti akan melihat perubahan.

Banyak bergerak aktif dapat membantu kelancaran usus dan memudahkan pembuangan.

5. Perbaiki Rutin Tandas

Sembelit selalu terjadi di usia anak mula aktif bermain atau dalam proses bercerai lampin. Kadang-kadang anak kita leka bermain sehingga lupa untuk ke tandas. Ada juga yang ‘takut’ atau tidak selesa untuk ke tandas kerana sebab-sebab tertentu.

Oleh itu, cuba tanya mereka puncanya dan perhatikan sama ada mereka sudah betul-betul bersedia untuk bercerai lampin. Jangan terlalu memarahi mereka sekiranya mereka tidak sengaja ‘membuang’ dalam seluar. Sediakan mereka ‘potty training bowl’ atau gunakan tandas cangkung untuk melatih anak anda membuang air besar kerana posisi mencangkung memudahkan najis keluar.

6. Urutan Lembut

Untuk bayi, lakukan urutan setelah mandi dengan air suam. Lakukan urutan di perut bayi bermula di pusat kemudian keluar mengikut arah jam. Kemudian lakukan pergerakan kaki pada bayi dengan cara menggerakkan kedua-dua kaki bayi seolah mengayuh basikal.

Pergerakan kaki ini dapat membantu pergerakan otot perut dan memberi tekanan lembut pada usus bayi.

cara mengatasi sembelit bayi

 

Dapatkan Nasihat Doktor Jika Berterusan

Sembelit pada bayi adalah biasa terutama apabila mereka mula makan diberi makanan pejal. Tubuh badan mereka baru mula untuk menyesuaikan diri dengan pemakanan baru.

Dengan pemerhatian dan diet yang baik, mereka akan memiliki pencernaan yang lebih baik dan pada waktu yang tetap. Jika masalah sembelit masih berlarutan, dapatkan nasihat doktor untuk solusi terbaik.

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah