Resepi Makanan Bayi 6 Bulan Yang mudah. 15 minit dah siap!

[rank_math_breadcrumb]

Pada artikel lepas berkenaan dengan resepi, saranan makanan bayi yang terbaik dan pertama ialah puri avokado. Namun begitu, ibu bapa harus pelbagaikan jenis makanan untuk bayi meliputi beberapa jenis kumpulan makanan iaitu bijirin, sayur, buah serta protein. Ianya penting untuk bermula dengan makanan bayi 6 bulan hingga 8 bulan kelahiran.

Walaupun makanan harus dipelbagaikan, ibu bapa perlu memperkenalkan hanya satu makanan pada satu masa. Sebagai contoh, mulakan dengan puri avokado. Setelah si manja dapat membiasakan diri dengannya, perkenalkan makanan kedua daripada kumpulan makanan yang lain pula. Sebolehnya variasikan makanan bayi anda.

Tunggu selama 4 hari selepas memperkenalkan makanan baru; ini akan membantu menentukan sama anda si manja gemarkan makanan yang baru diperkenalkan dan membolehkannya membiasakan diri dengannya. Dalam masa 4 hari ini, anda juga boleh mengesan tanda alahan kepada makanan, jika ada.

Pada usia 6-8 bulan, sistem penghadaman bayi baru matang. Tekstur makanan bayi 6 bulan hingga 8 bulan paling sesuai ialah cair, puri, kisar atau lenyek. Beri makanan pepejal 2-3 kali sehari disertai dengan susu ibu 5-6 kali sehari.

Berikut ialah cadangan resepi untuk kumpulan makanan bijirin, buah, sayur dan protein yang sesuai dijadikan makanan bayi 6-8 bulan.

Kumpulan Bijirin Untuk resepi makanan bayi 6 bulan

Bubur Nasi (Hidangan dua orang)

  • 25 g (¼ cawan) beras, dikisar halus
  • 450 ml (1¾ cawan) air

Cara memasak

  1. Didihkan air. Masukkan beras yang dikisarhalus, kacau dari semasa ke semasa.
  2. Reneh selama 10 minit dan teruskan mengacau.
  3. Hidangkan semasa panas.

Cadangan

  • Untuk menambah khasiat, beras putih boleh digantikan dengan beras perang (mengandungi Vitamin B dan serat)
  • Tambahkan susu ibu ke dalam bubur.

[Baca juga : 3 Resepi Bubur Untuk Bayi 8-12 Bulan]

Kumpulan Buah-buahan

Stew Epal (Hidangan dua orang)

  • 100 g (1 biji) epal merah, dibersihkan, dikupas, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz sederhana.
  • 250 ml (1 cawan) air

Cara memasak

  1. Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
  2. Masukkan buah epal ke dalam periuk.
  3. Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah epal menjadi lembut.
  4. Lenyek epal dengan menggunakan garpu sehingga menjadi puri.

Cadangan

  • Hidang bersama susu ibu
  • Buah epal boleh digantikan dengan buah-buahan yang lain seperti tembikai susu ataupun buah pir.

puri lobak untuk bayi

Kumpulan Sayur-sayuran

Lobak kukus (hidangan dua orang)

  • 60 g (½ cawan) lobak merah
  • Air yang secukupnya untuk mengukus

Cara memasak

  1. Masukkan lobak merah ke dalam pengukus atau set penapis dan letakkan di atas air mendidih dan kukus
  2. selama 15 minit atau sehingga lembut.
  3. Masukkan lobak merah dikukus tadi ke dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang
  4. secukupnya. Lenyek lobak merah sehingga menjadi puri.

Cadangan

  • Hidangkan dengan bubur nasi atau susu ibu sebelum hidang.
  • Lobak merah juga boleh digantikan dengan bayam, labu atau daun sawi.
  • Puri sayur-sayuran boleh dimasukkan ke dalam sup sayur-sayuran

[Baca Juga : 60 Koleksi Resepi Makanan Bayi. Senang Nak Rujuk]

Gabungan Kumpulan (Sayur, Protein dan Bijirin)

Anda disarankan untuk memberi makanan berasaskan bijirin, buah-buahan dan sayuran kepada bayi anda selama beberapa minggu sebelum memperkenalkan makanan daripada sumber protein seperti daging, ayam atau ikan.

Dengan memperkenalkan makanan daripada sumber protein anda bolehlah menggabungkan makanan tersebut dengan kumpulan sayuran atau bijirin seperti berikut:

Bubur Nasi dengan Tauhu dan Kacang Pis

(Hidangan untuk 2 orang)

  • 25 g (2 sudu makan) beras
  • 25 g (1 sudu makan) tauhu, dicincang
  • 15 g (1 sudu makan) kacang pis, dibuang kulit
  • 500 ml (2 cawan) stok ayam rebusan sendiri

Cara memasak

  1. Masak nasi dengan menggunakan rebusan stok ayam
  2. Apabila bubur telah siap, masukkan kacang pis (lenyekkan jika perlu),
  3. dan renehkan dengan api perlahan selama 5 minit.
  4. Masukkan tauhu sebelum memadamkan api.
  5. Sejuk dan lenyekkan sebelum hidang.

koleksi Resepi Makanan Bayi 6 Bulan Yang Senang & Pantas. 15 Minit Dah Siap.

Selain itu juga, kebanyakan ibu di luar sana selalu pening sampai migrain fikirkan resipi apa nak masak untuk baby setiap hari. Resipi ni cukup mudah dan senang untuk ibu bekerja buat. Lepas ni tak payah nak pening-pening memikirkan apa nak masak untuk baby makan dah.

Cukup 15 minit, mommy dah boleh duduk bersila breakfast atas sofa empuk. 10 Resipi ni penuh khasiat dan dijamin 200% Halal untuk ibu-ibu yang ada anak kecik umur 6 bulan.

Pada usia 6 bulan, anak akan mula lalui proses “weaning”. Maksudnya dari hanya menyusu susu badan atau susu tepung, bayi akan mula makan. Nyum nyum 😄

Antara zat penting yang mula merosot dalam badan bayi pada usia 6 bulan ke atas ialah zat besi.

Susu ibu dah tak dapat tampung permintaan (demand) zat besi yang mencukupi bila bayi mula cecah usia 6 bulan. Sebab tu proses weaning sangat penting untuk dimulakan seawal umur 6 bulan.

Dari makanan bayi, barulah bayi dapat zat besi yang mencukupi.

Dah start makan ni, susu jangan dilupa pula. Naikkan jumlah makanan yang diberi dan mula kurangkan jumlah susu yang diberi sehingga usia anak cecah 2 tahun.

Yang terbaik kalau awak bagi anak makan dulu sebelum bagi susu. Kalau bagi susu dulu, baby jadi kenyang dan kurang minat nak makan.

Boleh buat banyak-banyak puri ni dan simpan sehingga 2-3 bulan di dalam freezer. Boleh guna resipi ni secara bergilir sampai baby membesar jadi sihat dan kuat.

Puri Lobak Merah dan Labu

Bahan-bahan:

• 50 g labu 
• 1/2 batang lobak merah ( saiz sederhana )

Cara memasak:

  1. Labu dan lobak merah dipotong dadu.
  2. Masukkan lobak merah ke dalam periuk dan renehkan selama 10 minit atau sehingga lembut.
  3. Kemudian, masukkan labu yang telah dipotong dadu, dan reneh selama 2-3 minit atau sehingga labu menjadi lembut lembut. 
  4. Masukkan labu dan lobak merah ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.

    * boleh gunakan semula air yang digunakan untuk rebusan
    * air juga boleh diganti dengan stok ayam atau daging

Saiz hidangan : 2-3 hidangan
Umur : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas

Puri Keledek dan Bunga Kubis

Bahan-bahan:

• 1 biji keledek ( saiz sederhana )
• 50 g bunga kubis

Cara memasak:

  1. Keledek dibuang kulit dan dipotong dadu.
  2. Bersihkan bunga kubis dan potong kecil.
  3. Stim labu dan bunga kubis selama 10 minit atau sehingga lembut.
  4. Masukkan labu dan bunga kubis ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.

    * boleh gunakan semula air yang digunakan untuk stim
    * air juga boleh diganti dengan stok ayam atau daging

Saiz hidangan : 2-3 hidangan
Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas.

Puri Keledek dan Labu

Bahan-bahan:
• 1 biji keledek ( saiz sederhana )
• 50 gram labu

Cara memasak:

  1. Labu dan keledek dibuang kulit dan dipotong dadu.
  2. Stim labu dan keledek yang telah dipotong dadu selama 10 minit atau sehingga lembut.
  3. Masukkan labu dan keledek ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.

    * boleh gunakan semula air yang digunakan untuk stim
    * air juga boleh diganti dengan stok ayam atau daging

Saiz hidangan : 3-4 hidangan
Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas

Puri Lobak Merah dan Kentang

Bahan-bahan:
• 1 biji kentang ( saiz sederhana )
• 1 batang lobak merah saiz sederhana

Cara memasak:

  1. Lobak merah dan kentang dibersih dan dipotong dadu.
  2. Rebus lobak merah dan kentang yang telah dipotong dadu selama 10 minit atau sehingga lembut.
  3. Masukkan lobak merah dan kentang ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.

    * boleh gunakan semula air yang digunakan untuk rebusan
    * air juga boleh diganti dengan stok ayam atau daging

Saiz hidangan : 2-3 hidangan
Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas

Puri Kentang dan Kubis Bunga

Bahan-bahan:
• 2 biji kentang ( saiz sederhana )
• 50 gram kubis bunga

Cara memasak:

  1. Kentang dibuang kulit dan dipotong dadu.
  2. Bersihkan kubis bunga dan potong kecil.
  3. Masukkan kentang ke dalam periuk dan renehkan selama 10 minit atau sehingga lembut.
  4. Kemudian, masukkan bunga kubis dan reneh selama 2-3 minit atau sehingga kubis bunga menjadi lembut.
  5. Masukkan kentang dan kubis bunga ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar hingga sebati.

    * boleh gunakan semula air yang digunakan untuk stim
    * air juga boleh diganti dengan stok ayam atau daging

Saiz hidangan : 3-4 hidangan
Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas

Puri Epal, Pic Kering dan Kurma

Bahan-bahan:
• 1 biji epal merah
• 4-5 pic kering
• 1 biji kurma

Cara memasak:

  1. Potong dadu epal.
  2. Hiris kasar kurma dan pic kering.
  3. Masukkan semua bahan dalam periuk. Masukkan 4-6 sudu air.
  4. Renehkan semua bahan selama 10 minit atau sehingga lembut.
  5. Setelah lembut, kisar semua bahan hingga sebati di dalam mesin pengisar.

Saiz hidangan : 2-3 hidangan
Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas

Puri Epal , Pir dan Kayu Manis

Bahan-bahan:
• 1 biji epal merah 
• 1 biji pir hijau
• Sebatang kayu manis
• 3-5 sudu air

Cara-cara memasak:

  1. Potong dadu epal dan pir
  2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  3. Tutup periuk dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah-buahan tadi lembut
  4. Setelah lembut, keluarkan kayu manis dan kisar di dalam mesin pengisar sehingga sebati

Saiz hidangan : 2-3 hidangan
Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas

Puri Pir dan Avocado

Bahan-bahan:
• 1 biji pir hijau
• 1 biji avocado

Cara memasak:

  1. Potong dadu pir dan renehkan dalam periuk selama 10 minit atau hingga pir jadi lembut.
  2. Masukkan pir dan avocado yang didadu ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga sebati.

Saiz hidangan : 2-3 hidangan
Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas

Puri Epal dan Pisang

Bahan-bahan:
• 1 biji epal merah
• 1 biji pisang ( saiz sederhana )

Cara memasak:

  1. Potong dadu epal dan renehkan di dalam periuk selama 10 minit atau hingga buah-buahan tadi lembut.
  2. Masukkan epal dan pisang yang telah dipotong-potong ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati.

Saiz hidangan : 2-3 hidangan
Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas

Puri Mangga dan Avocado

Bahan-bahan:
• 1 biji mangga ( saiz sederhana )
• 2 biji avocado

Cara-cara memasak:

  1. Potong isi mangga dan avacado dan masukkan ke dalam mesin pengisar.
  2. Kisarkan sampai sebati. Campurkan sedikit air atau susu ibu jika perlu untuk memudahkan proses pengisaran.

Saiz hidangan : 2-3 hidangan
Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas.

Sumber: Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda (Jilid 1). 2011. Nutrition Society of Malaysia & KeluargaBaru.com, Redza Zainol

Sumber Gambar: 3 First Food That Your Baby NeedsSpiced Carrot Puree

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah