Bentuk bayi anda mungkin nampak seperti seekor berudu ketika ini. Kebanyakan organ utama seperti jantung, perut, hati dan buah pinggang juga sudah mula terbentuk.
Degupan jantung bayi anda juga mungkin sudah kelihatan. Tetapi biasanya ia semakin jelas pada minggu ke 6 atau 7 kehamilan.
Plasenta juga sudah terbentuk sempurna pada minggu ini. Jadi anda boleh jangkakan yang nutrisi dan zat penting akan dapat disalurkan dengan lebih baik pada bayi. Jadi, sebagai ibu, jaga pemakanan anda sebaiknya.
Sekiranya anda tiada sejarah kehamilan berisiko sebelum ini, anda tak perlu untuk buat ultrasound scan pada minggu ini. Doktor mungkin mencadangkan anda untuk buat ultrasound scan pada minggu ke 8 atau 9.
Bayi juga sudah memasuki fasa baru iaitu dari Embrio kepada Fetus atau nama lainnya ialah Janin.