
Minggu ini bayi anda sudah sebesar sayur brokoli yang besar dengan ukurannya sepanjang 15.7 inci dan seberat 1.31 kg.
30 minggu bermaksud anda sudah hamil selama enam bulan dan dua minggu. Tinggal 10 minggu sahaja lagi.
Anda mungkin mengalami mimpi yang lebih pelik dari sebelum ini bermula pada minggu ke 30. Itu pun sekiranya anda dapat tidur yang lena dan nyenyak. Antara simptom lain ialah :
Otak bayi semakin besar dan sudah membentuk seperti otak manusia. Lanugo (rambut nipis) juga sudah menghilang dan nampak seperti rambut yang normal.
Tulang sumsum juga sudah mengambil alih sepenuhnya tugas menghasilkan sel darah merah yang dijalankan spleen sebelum ini.
Bayi juga sudah mula pandai mengawal suhu badannya sendiri. Saiz kepala dan badan juga sudah semakin normal seperti serang bayi.
TIPS MINGGU INI
Satu lapisan membran yang menyelaputi air ketuban tidak akan pecah melainkan ia tanda sudah sampai masanya untuk bersalin. Sekiranya terdapat banyak air keluar dari vagina anda, barangkali itu ialah air ketuban. Jumpa doktor dengan segera.
Sekiranya anda suka pakai kasut tumit tinggi, sila berhenti sekarang! Ini dapat menghindarkan anda dari perkara yang tidak diingini dari terjadi.