Seiring dengan bayi memberi tekanan pada sistem penghadaman anda, anda akan mengalami kesannya seperti sembelit, pedih ulu hati, buasir, sakit punggung dan kerap kencing. Antara simptom lain ialah :
- Sakit & Pening Kepala. Boleh jadi ianya berpunca dari anda kurang tidur dan juga kurang gula dalam darah. Jadi, makan dengan lebih kerap.
- Gatal Perut. Kulit yang meregang di kawasan perut membuatkan ia rasa sangat gatal. Pakai losyen dan banyakkan minum air.
- Sakit Belakang. Saiz bayi yang semakin membesar memberikan tekanan kepada badan dan tulang belakang anda. Ini mengakibatkan anda sakit belakang. Senyum dan anggap ini cabaran hamil yang perlu anda lalui. Sekiranya terlalu sakit, sila jumpa dengan doktor anda.
- Susah Untuk Tidur. Jangan minum sebarang kafein dan banyakkan bersenam.
- Kerap Kencing. Semakin besar saiz rahim anda, semakin tinggi kekerapan anda kencing. Walaupun kerap kencing, jangan kurangkan kuantiti air anda minum sama sekali.