Mimpi – Bayi anda mula mengalami mimpi semasa dia tidur.
Berkelip – Sekarang bayi sudah mula pandai mengelipkan matanya bersama-sama dengan bulu matanya yang sudah sempurna.
Riak Wajah – Bayi sudah mula pandai membuat memek muka dan ketika ini dia selalu mengeluarkan lidahnya untuk merasa air ketuban.
Kulit bayi semakin cantik dan tidak lagi berkedut kedut seperti sebelum ini dengan kehadiran lemak pada bawah kulit.
Paru paru bayi juga sudah cukup matang dan sekiranya ditakdirkan dia dilahirkan pada minggu ini, bayi anda sudah mampu untuk terus hidup.
Bayi akan mula berubah posisinya kepada posisi yang lebih sesuai iaitu kepalanya berada di bahagian bawah.
Mulai minggu ini juga, anda mungkin diminta untuk berjumpa dengan doktor atau jururawat dengan lebih kerap. Ini sangat penting bagi memastikan anda sihat dan bersedia untuk bersalin nanti.