Pendengaran – Walaupun bayi sudah boleh mendengar suara anda, tetapi pendengarannya masih kurang jelas disebabkan terdapat lapisan yang melindungi telinga yang dinamakan vernix caseosa.
Sedu – Seiring dengan perkembangan paru-paru bayi, sedu juga semakin kerap berlaku. Sekiranya terdapat pergerakan yang sedikit lain, barangkali itu ialah bayi tengah sedu.
Aktif – Bayi kecil anda mula membentuk otot di kawasan kaki, tangan dan badannya.
Secara rasminya, otak bayi mula berfungsi dan menjadi semakin kompleks. Bayi juga mula berlatih menarik nafas dan menghembus nafas.
Deria rasa bayi juga sudah semakin baik. Apa yang anda makan, contohnya makanan pedas atau manis, bayi juga dapat merasakan rasa yang sama melalui air ketuban. Malah sesetengah bayi akan memberi respons dengan menendang.
Bayi juga sudah mula pandai menangis dan semakin aktif menghisap jarinya.