Bayi Terkejut – Jangan terkejutkan bayi anda. Bayi anda mula mempunyai tindak balas refleks apabila terkejut dan mungkin buatkan anda juga terkejut bila bayi menendang.
Lemak Bayi – Kulit bayi yang berkedut kedut semakin hilang dengan kehadiran lemak pada kulit.
Rambut Dan Bulu Semakin Bewarna – Warna dan tekstur rambut dan bulu bayi mula kelihatan dan tidak lagi putih atau lutsinar seperti sebelum ini.
Anda mungkin sudah boleh mengenal pasti corak kekerapan dan kekuatan tendangan bayi anda dengan lebih jelas. Sekiranya anda merasa tendangan bayi, bayi anda sedang bangun. Sekiranya senyap sahaja, bayi anda sedang tidur.
Pergerakan dan tendangan bayi yang kerap menandakan bayi dalam keadaan sihat dan aktif.
Bayi juga sudah mula belajar mana bahagian atas dan mana bahagian bawah. Kulit bayi juga sudah semakin kurang lutsinar dan legap.