
Minggu ini bayi anda sudah sebesar delima yang besar dengan ukurannya sepanjang 11.8 inci dan seberat 590 gram. Sudah mencecah setengah kilo.
24 minggu bermaksud anda sudah pun memasuki bulan keenam kehamilan. Tinggal 3 bulan sahaja lagi.
Simpton dan cabaran baru pada minggu ini yang boleh berlaku ialah :
Membesar – Bayi anda sedang berusaha menambahkan berat badannya bersama-sama dengan otot, organ dan tulangnya.
Pendengaran Lebih Jelas – Pendengaran bayi semakin jelas dan sekiranya bayi mendengar bunyi yang sama dengan kerapa, bunyi tersebut boleh membantu menjadikannya lebih tenang selepas lahir nanti. Inilah masanya untuk memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran pada bayi.
Rambut Putih Bayi – Terdapat tompokan rambut dan bulu pada badan bayi yang masih lagi bewarna putih kerana masih belum mempunyai pigmen yang diperlukan untuk bertukar menjadi gelap.
Kulit bayi yang lutsinar sebelum ini mula semakin legap dengan kehadiran lemak pada kulit.
Sel darah putih juga sudah mula terhasil yang akan membatu bayi melawat sebarang infeksi dan jangkitan sakit berbahaya. Bayi juga akan memberi respons terhadap bunyi dan sentuhan yang anda lakukan.
Sekiranya anda tidak merasakan sedu bayi, anda mungkin dapat rasakannya pada minggu ini.
TIPS MINGGU INI
Doktor akan membuat ujian minum air gula antara ,minggu ke 24-28. Sekiranya anda didapati positif GDM, anda mungkin memerlukan rawatan lanjut.
Suami anda mungkin sudah boleh mendengar degupan jantung bayi hanya dengan merapatkan telinganya pada perut anda.
Ini juga masa yang sesuai sekiranya anda mahu pergi bercuti bagi mendapatkan suasana yang lebih tenang dan santai.