
Minggu ini bayi anda sudah sebesar limau gedang dengan ukurannya sepanjang 11.4 inci dan seberat 498 gram.
23 minggu bermaksud anda sudah pun memasuki bulan keenam kehamilan. Tinggal 3 bulan sahaja lagi.
Walaupun anda telah pun melalui fasa morning sickness dengan jayanya, kini cabaran baru pula menanti anda. Antara simptom yang boleh berlaku ialah :
Bayi Blushing – Kulit bayi di bahagian muka menghasilkan tompkan merah seakan-akan blushing disebabkan urat dan saraf yang sedang terbentuk dibawah kulit.
Tumbukan Lebih Kuat – Anda mungkin boleh merasakan tumbukan dan tendangan yang lebih kuat dari bayi
Kuasa Plasenta – Plasenta yang bertindak sebagai sistem sokongan telah sempurna pembentukannya dan membantu membawa oksigen dan nutrisi yang diperlukan bayi serta membuang bahan buangan bayi.
Antara perkara yang menarik berlaku pada minggu ini ialah bayi anda mula membentuk putingnya dan semakin berisi hasil pembentukan lemak pada kulit bayi.
Selain itu juga, anda juga sudah boleh mendengar degupan jantung bayi hanya dengan menggunakan stestokop dan tidak lagi memerlukan Doppler.
Bulu atau rambut yang dikenali sebagai lanugo sudah mula bertukar warna menjadi semakin gelap.
TIPS MINGGU INI
Seiring dengan kulit anda yang semakin meregang, kulit akan menjadi lebih kering dan gatal. Pakai losyen atau pelembap bagi mengurangkan rasa tak selesa pada bahagian kulit tersebut.
Anda juga semakin sukar untuk tidur dan mungkin mengalami insomnia. Gunakan bantal mengandung untuk tidur yang lebih selesa dan nyenyak.