- Senyum – Untuk meraikan anda yang sudah pun masuk ke trimester kedua, bayi anda kini boleh menggunakan otot mukanya untuk senyum.
- Bayi Lelaki Ke Perempuan – Minggu ini, organ sulit bayi anda sudah mula membentuk Cuma..Ianya masih sukar untuk dikesan dengan imbasan ultrasound.
- Rambut Nipis – Rambut nipis berwarna putih mula tumbuh di kawasan kepala, kening mata dan keseluruhan tubuhnya.
Sekiranya anda ada membuat imbasan ultrasound dan bernasib baik, anda mungkin dapat melihat bayi anda sedang menghisap jarinya.
Pada minggu ini juga, buah pinggang bayi mula menghasilkan air kencing, manakala hati dan spleen juga sudah mula menjalankan tugas mereka.
Usus bayi anda juga sudah menghasilkan meconium, iaitu bahan buangan yang akan dibuang buat pertama kali selepas bayi lahir nanti.