
Minggu ini bayi anda sudah pun bersaiz sebesar kacang pea iaitu kira kira 0.25 inci dan pada minggu depan, saiznya akan bertambah 2 kali ganda. Wow!
Manakala sebagai ibu pula, anda sedang berusaha untuk menyesuaikan diri dengan simptom-sipmtom kehamilan.
Paling ketara mestilah loya dan pening-pening. Anda juga mungkin akan sedikit risau dan gundah. Jadi, jangan risau…Anda ada 8 bulan lagi untuk terus belajar dan bersedia bagi menyambut kehadiran bayi anda.
Minggu ini sudah pun memasuki separuh daripada bulan ke dua anda hamil. Jadi, anda ada kira-kira 7 bulan setengah sahaja lagi.
Minggu ini juga minggu terakhir bagi wanita yang mengalami kitaran haid selama 28 hari. Sekiranya anda missed period pada minggu ini, boleh cepat-cepat buat UPT Test.
Masih di peringkat awal kehamilan, bagi sesetengah wanita mungkin tidak lagi merasai simptom simptom kehamilan. Jangan risau kalau anda disahkan hamil tapi takde pening-pening, loya dan muntah-muntah.
Seharusnya anda bersyukur dan enjoy tempoh ini sebaiknya.
Manakala bagi ibu yang sudah pun mula merasai simptom kehamilan, ini antara simptom yang biasanya terjadi pada minggu ke 6 kehamilan.
Sekiranya anda tak sabar untuk menceritakan berita gembira kehamilan anda, anda boleh berkongsikan pada kenalan rapat terlebih dahulu pada minggu ini.
Antara sebab kenapa tak digalakkan untuk anda menghebohkan berita ini di peringkat awal ialah pelbagai kemungkinan boleh terjadi semasa bayi masih lagi kecil ini. Jadi, seeloknya anda tunggu sehingga tamat trimester pertama sebelum berkongsikan pada orang lain.
Bagi yang belum berjumpa dengan doktor, anda boleh pergi pada minggu ini.
Muka bayi seperti dahi, dagu, telinga dan rahang mulut sudah pun mula terbentuk pada minggu ini.
Selain itu juga, jantung bayi juga sudah mula berdegup antara penghujung minggu ke-5 dan minggu ke 6. Sekiranya anda melakukan ujian ultrasound, anda mungkin boleh melihat degupan jantung ini.
Bentuk janin anda pula seperti berudu dengan ekor kecil di hujungnya.
Sekiranya anda hamil kembar, anda boleh melihat dua kantung yang berbeza semasa ujian ultrasound.
TIPS MINGGU INI
One Comment
Hi doc..
Last period pd bulan Dec 2022..& sy Xperiod lg sampai sekarang (Feb2023), mula2 sy xperasan bahawa sy Xperiod lagi,. sy ada baca tanda2 hamil & kebanyakan tanda ada pd sy. Utk memuaskan hati, sy buat UPT biasa tp keputusan menunjukkan negatif.
Soalan : perlukah sy membuat UPT yg lebih accurate @ direct berjumpa doc berhampiran?