
Minggu ini bayi anda sudah sebesar saiz buah blueberi. Iaitu kira kira 0.51 inci, 2 kali lebih besar dari minggu lepas. Tapi walaupun sudah besar, bentuk perut anda masih lagi tidak kelihatan seperti ibu mengandung.
Walaupun anda masih lagi merahsiakan kehamilan anda, tetapi bayi anda seolah olah memberitahu anda tentang kewujudannya di dalam kandungan dengan simptom-simptom kehamilan. Antaranya ialah :
Boleh jadi juga anda tidak langsung mengalami apa-apa simptom semasa minggu ke-7. Jadi, bersyukurlah dan jangan terlalu risau.
Salur Hayat Bayi Sudah Wujud – Salur hayat ini ialah umbilical cord atau pun uri yang membantu menyalurkan oksigen dan nutrisi penting kepada bayi. Selain itu juga ia membantu mengeluarkan sisa pembuangan bayi.
Penutup Mukus – Penutup mukus ini anda boleh ibaratkan seperti penutup botol yang menutup dan melindungi janin anda dari dijangkiti bakteria.
Tangan dan Kaki – Bayi anda telah pun mempunyai tangan dan kaki. Cuma bentuknya masih lagi bersambung seperti pengayuh.
Bayi anda menghasilkan 100 sel otak yang baru setiap minit pada minggu ini. Bukan sahaja otak, malah jantung bayi juga sedang membesar dan menjadi sangat kompleks.
Pada minggu ini juga, bayi anda sedang mengembangkan buah pinggang, tangan dan kaki. Bentuk tangan dan kakinya seperti pengayuh.
Bayi juga mempunyai kelopak mata terlipat separuh, gigi dan lelangit sedang terbentuk dan telinga berterusan membesarn.
TIPS MINGGU INI
Anda mungkin tak nampak seperti mengandung lagi, tetapi berat badan anda mungkin telah bertambah.
Kejang perut adalah normal semasa trimester pertama. Tetapi sekiranya ia berlaku bersama dengan sakit di bahagian tengkuk atau bahu diikuti dengan kontraksi dan pening ringan, sila jumpa doktor dengan kadar segera.