
Minggu ini bayi anda sudah sebesar saiz buah raspberi (rujuk gambar). Iaitu kira kira 0.63 inci, dan mempunyai berat 1.13 gram.
Manakala anda sudah pun hamil kira-kira 2 bulan dan ada masa kira-kira 7 bulan sahaja lagi sebelum menatap wajah anak anda. Sudah bersediakah anda?
Jangan hairan kalau pada minggu ini hidung anda agak sensitif. Baik di rumah, di pejabat mahupun di luar, anda mudah untuk terbau bau yang busuk. Pada minggu ke 8, ini antara simptom dan perubahan yang boleh berlaku pada diri ibu.
Sekiranya anda hamil anak kembar, anda mungkin akan keletihan dan loya lebih teruk dari biasa. Sekiranya terlalu teruk, segera berjumpa dengan doktor.
Badan anda sedang menyesuaikan diri dengan kehadiran bayi anda di dalam kandungan.
Anda juga mungkin akan diminta untuk bertemu doktor pada minggu untuk checkup secara keseluruhan. Darah anda akan diambil dan ujian ultrasound akan dijaankan bagi memeriksa tahap kesihatan anda dan bayi.
Tangan dan bayi sudah kurang bentuknya seperti pendayung. Deria rasa bayi juga sudah membentuk dan bersedia untuk makanan pertamanya.
Degupan jantung bayi juga sudah meningkat kepada 150-170 setiap minit, 2 kali lebih laju dari degupan jantung anda.
Air ketuban juga semakin bertambah dan janin anda semakin mengembang seiring dengan perkembangan bayi.
TIPS MINGGU INI
Isipadu darah anda akan bertambah 50% lebih banyak dan mungkin mengakibatkan sakit kepala. Sebelum ambil apa-apa ubat, dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.
Anda juga boleh membeli bra kehamilan. Ia lebih selesa dan sesuai untuk anda berbanding bra biasa yang anda pakai sebelum hamil.