
Minggu ini bayi anda sudah sebesar saiz buah ceri. Iaitu kira kira 0.9 inci, dan mempunyai berat 1.98 gram.
Kini bayi anda sudah melepasi tahap embrio dan memasuki tahap baru iaitu fetus (janin). Manakala anda pula telah pun memasuki bulan ke tiga kehamilan dan hanya beberapa minggu lagi, anda akan melepasi trimester pertama.
Hanya 6 bulan 3 minggu sahaja lagi untuk anda berjumpa dengan bayi anda.
Pada minggu ke 9, hormon hCG akan meingkat ke tahap yang paling tinggi sebelum mula menurun pada minggu seterusnya. ini antara simptom dan perubahan yang boleh berlaku pada diri ibu pada minggu ini.
Fokuskan pada pengambilan makanan dengan kerap bagi mengelakkan perut kosong. Perut kosong membuatkan rasa loya mudah datang.
Bayi Anda Semakin Kuat – Minggu ini, otot mula terbentuk, tetapi anda perlu tunggu sehingga 1-2 bulan lagi sebelum dapat merasa tendangan bayi anda.
Degupan Jantung – Walaupun masih terlalu awal untuk merasa baby kick, tapi anda dah boleh mendengar degupan jantung anda menggunakan alat khas. Boleh tanya nurse di klinik anda buat checkup.
Ekor Bayi Hilang – Ya..Ekor bayi yang ada pada bayi sebelum ini telah pun hilang. Kini bentuknya sudah seperti manusia yang sangat kecil.
Sekiranya anda menjalankan ujian ultrasound pada minggu ke 8 atau 9, anda sudah boleh melihat kandungan anda. Selain itu, degupan jantung bayi juga sudah jelas kedengaran dengan menggunakan alat khas.
Melalui ujian ultrasound juga, doktor boleh menentukan samaada anda hamil normal atau terdapat sebarang komplikasi yang boleh membahayakan diri anda mahupun bayi.
Leher dan kepala bayi juga sudah terbentuk dengan lebih cantik dan anda mungkin boleh melihat bayi anda bergerak-gerak semasa imbasan ultrasound dijalankan.
TIPS MINGGU INI
Banyakkan makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti keju, susu dan brokoli. Bukan sahaja bayi, badan anda juga sangat memerlukan kalsium ketika ini.
Sebaiknya anda sudah boleh mula mengubah posisi anda tidur dengan mengiring ke sebelah kiri. Ini penting bagi mengelakkan dari janin memberi tekanan kepada usus dan salur darah anda, sekaligus membolehkan bayi bernafas dengan lebih baik semasa anda tidur.