
Minggu ini bayi anda sudah sebesar saiz buah prune (rujuk gambar). Iaitu kira kira 1.2 inci, dan mempunyai berat 13.96 gram.
Bayi juga sudah masuk ke fasa fetus (janin) dan anda ada kira-kira 6 bulan 2 minggu lagi sebelum proses bersalin dan melahirkan bayi anda.
Seiring dengan tumbesaran bayi, otot dan ligamen anda juga mula meregang di kawasan perut anda. Payudara anda juga semakin membesar. Ini antara simptom dan perubahan lain yang berlaku pada diri ibu pada minggu ini.
Perut anda juga sudah mula kelihatan pada minggu ini. Mungkin ada antara rakan anda yang mula perasan akan kehamilan anda. Ini juga masa yang sesuai untuk anda mencari baju baru yang lebih selesa untuk anda pakai.
Minggu ke 10 kehamilan, tulang, rawan sudah mula terbentuk. Kuku kaki dan rambut yang halus juga sudah mula kelihatan.
Selain itu juga, bayi anda sedang sibuk berlatih menelan dan menendang di dalam perut anda. Pada minggu ini juga anda boleh melakukan ujian genetik sekiranya mahu. Ujian ini boleh dijalankan di hospital swasta.
Pucuk gigi juga sudah mula tumbuh di bawah gusi dan ia memerlukan bantuan dari vitamin D.
Organ alat sulit sudah mula kelihatan dan dalam beberapa minggu lagi ia akan mula terbentuk dan membolehkan doktor mengenal pasti semasa imbasan ultrasound.
TIPS MINGGU INI
Anda sudah boleh mula shopping bra kehamilan. Dalam beberapa minggu lagi anda mungkin memerlukannya. Sekiranya anda merancang untuk menyusu badan sepenuhnya, anda boleh terus membeli bra penyusuan.
Sekiranya anda mempunyai tahap vitamin D yang rendah, berbincanglah dengan doktor cara untuk mencukupkan vitamin D bagi membantu pembentukan gigi bayi.