
Minggu ini bayi anda sudah sebesar buah limau nipis yang besar dengan ukurannya sepanjang 1.6 inci dan seberat 7.087 gram.
Manakala anda pula sudah pun melepasi separuh dari bulan ketiga kehamilan. Tinggal lagi 2 minggu sebelum anda akan tamat trimester pertama. Tahniah!
Semasa minggu ke 11, badan dan minda anda masih lagi tidak stabil disebabkan kandungan hormon yang menggangu kehidupan anda. Tapi jangan risau. Semua ini akan berakhir tak lama lagi. Ini antara simptom dan perubahan lain yang berlaku pada diri ibu pada minggu ini.
Anda juga mungkin perasan yang rambut dan kuku anda tumbuh lebih cepat dari biasa selain kulit anda lebih berminyak dan berjerawat. Ini semua berpunca dari hormon kehamilan.
Bayi anda sudah pun mempunyai jari kaki dan tangan yang normal. Semasa temujanji antara minggu ke 11 dan 12, doktor mungkin akan menjalankan imbasan ultrasound khas yang dipanggil NTS dan juga ujian darah.
Ini bagi mengesan dan mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang masalah pada bayi. Kedudukan bayi juga berubah pada minggu ini apabila bayi sudah mula pandai untuk meregangkan badannya.
Selain itu, bentuk dan keadaan bayi sudah mula nampak seperti seorang manusia yang sangat kecil pada minggu ini.
TIPS MINGGU INI
Rajin-rajinkan basuh tangan sebelum membuat sebarang aktiviti. Sekiranya ibu dijangkiti selsema pada minggu ini, bayi juga akan menghidap penyakit yang sama.
Anda juga sudah mula boleh menjalankan aktiviti senaman ringan seperti yoga. Ini sangat membantu semasa proses bersalin dan juga semasa berpantang nanti.