
Minggu ini bayi anda sudah sebesar buah limau nipis dengan ukurannya sepanjang 2.1 inci dan seberat 13.89 gram.
Manakala ini adalah minggu terakhir sebelum anda memasuki trimester kedua. Tinggal lagi 6 bulan 1 minggu sebelum anda menyambut kelahiran bayi anda.
Semasa minggu ke 12, badan dan minda anda masih lagi tidak stabil disebabkan kandungan hormon yang menggangu kehidupan anda. Tapi jangan risau. Semua ini akan berakhir tak lama lagi. Ini antara simptom dan perubahan lain yang berlaku pada diri ibu pada minggu ini.
Pada minggu ini, mual dan loya anda mungkin sudah pun mula berkurangan dan perut anda sudah semakin jelas kelihatan. Pakailah baju yang lebih longgar dan selesa supaya anda tak rasa stress.
Hampir semua sistem dan organ penting mula membentuk pada minggu ini. Jadi, bayi dapat memfokuskan pada tumbesaran dan kematangan setiap sistem dan organ tersebut.
Bayi sudah mula memasuki fasa tumbesaran pula dan akan membesar dengan cepat.
Bayi juga sudah mula pandai menggerak-gerakkan jari kaki dan tangannya. Selain itu juga, bayi akan memberi tindak balas refleks. Sekiranya anda poke bayi anda semasa imbasan ultrasound, anda mungkin boleh melihat anak anda melakukan pergerakan kecil.
Sekiranya anda mahu tahu lebih lanjut tentang tahap kesihatan bayi anda, anda boleh bertanyakan doktor tentang ujian genetik yang boleh mengesan kecacatan pada bayi dan juga masalah lain sekiranya ada.
Anda juga mungkin perlu menghadiri temujanji dengan doktor sekali sebelum trimester pertama anda berakhir.
TIPS MINGGU INI
Anda sudah boleh mula melakukan senamakn kegel. Ini membantu otot rahim anda semasa proses kelahiran nanti. Baca sini berkenaan senaman kegel.