- Lembut – Kawasan tulang di bahagian tengkorak kepala bayi masih lagi lembut bagi memudahkan ia dikeluarkan semasa bersalin nanti.
- Dahaga – Bayi anda meminum air ketuban sehingga satu botol setiap hari. Ini membantu sistem gastrointestinal bayi di masa depan.
- Berat – Bayi akan mula bertambah berat badan dengan lebih cepat. Kira-kira 200-300gram dalam seminggu sahaja.
Sekiranya anda melakukan imbasan ultrasound, anda mungkin dapat melihat perbezaan antara bayi anda tidur dan bangun. Apabila tidur bayi akan mentutup mata, dan bangun membuka mata. Ia juga membezakan antara waktu siang dan malam.
Bayi juga mula lebih teratur dalam pernafasannya seiring dengan skil menghisap dan menelannya. Sistem imun pada janin juga semakin hebat dan mampu menangani organisma dan germ berbahaya.
Tendangan bayi juga rasa lebih kuat dan lebih tajam seiring dengan beratnya yang semakin bertambah. Berat bayi akan bertambah 2 kali ganda dalam beberapa minggu ini untuk membolehkan bayi keluar dengan berat yang ideal.