
Minggu ini bayi anda sudah sebesar buah melon dengan ukurannya sepanjang 16.7 inci dan seberat 1.72 kg.
32 minggu bermaksud anda sudah hamil selama 7 bulan. Selamat datang bulan ke 8
Ada antara simptom-simptom kehamilan minggu sebelum ini menjadi lebih kuat antaranya pedih ulu hati dan kontraksi. Antara simptomnya ialah :
Kedudukan bayi akan berubah-ubah pada minggu-minggu akhir ini. Ada kalanya di bawah dan ada kalanya di atas. Sesetengahnya tidak berada di bawah sehinggalah betul-betul hampir dengan hari anda bersalin.
Saiz bayi yang besar juga sudah hampir memenuhi keseluruhan rahim ibu dan tidak lagi terlalu bebas seperti sebelum ini.
Selain itu, bayi juga sedang melakukan persiapan untuk proses keluar dari rahim anda. Antara yang dilakukannya ialah terus berlatih bernafas, bergerak, menghisap, menelan dan mengelip mata.
Rupa paras bayi juga sudah mula kelihatan seperti seorang bayi yang sempurna. Kepala bayi juga mula berpusing untuk berada dalam kedudukan bawah. Tetapi, sekiranya ia masih tidak berlaku, jangan risau.
Kitaran masa tidur bayi juga semakin teratur dan anda dapat saksikannya selepas bayi keluar nanti. Bayi akan tidur dalam tempoh yang lama sepanjang hari.
TIPS MINGGU INI
Cuba untuk tidak terlalu obses dengan stretchmark anda. 90% ibu akan hilang rekahan pada perut selepas beberapa minggu bersalin.
Belajar untuk mengenal pasti tanda tanda awal bersalin seperti pecah air ketuban, sakit seperti senggugut, pendarahan pada vagina dan lain-lain.
Saiz bayi yang besar juga mungkin menyebabkan anda kurang selera makan. Cuba sedaya mungkin untuk makan dengan jumlah yang sedikit tapi kerap.