5 Perkara Ibu Hamil Perlu Tahu Tentang Pre-Eklampsia

darah tinggi ketika hamil
[rank_math_breadcrumb]

Pre-eklampsia ialah komplikasi yang berlaku selepas minggu ke 20 kehamilan. Komplikasi ini terjadi dengan simptom seperti darah tinggi ketika hamil, kerosakan pada organ – misalnya buah pinggang dan kandungan protein pada air kencing, serta bengkak-bengkak pada lengan, muka dan buku lali. Jika tidak diambil berat, perkara ini mungkin boleh membawa mudarat kepada ibu hamilĀ dan bayi dalam kandungan.

Ketahui beberapa fakta tentang preeklampsia sebagai rujukan buatĀ ibu-ibu mengandung.

5 Perkara Ibu Hamil Perlu Tahu Tentang Pre-Eklampsia

1. Pre-eklampsia Tidak Sama Dengan Darah Tinggi Ketika Hamil

Walaupun preeklampsia sering dikaitkan dengan darah tinggi, kita perlu bijak membezakan antara komplikasi tersebut dengan penyakit darah tinggi ketika hamil. Chronic hypertension berlaku apabila ibu mengandung mengalami tekanan darah tinggi dengan bacaan melebihi 140/90mmHg sebelum minggu ke-20 kehamilan atau sebelum hamil. Gestational hypertension pula ialah apabila ibu mengandung mengalami bacaan lebih daripada 140/90 mmHg selepas minggu ke-20 kehamilan.

Sementara itu, pre-eklampsia boleh terjadi jika keadaan ini berlarutan dengan edema dan proteinuria. Oleh itu, amat penting untuk ibu mengandung mengambil ujian air kecing dan tekanan darah tinggi setiap kali pemeriksaan kesihatan dijalankan.

2. Simptom Pre-eklampsia

10% wanita mengandung mengalami tekanan darah tinggi pada awal kehamilan. Perkara ini tidak cukup untuk mendiagnos seseorang dengan pre-eklampsia. Oleh itu, ujian air kencing penting untuk pengesanan awal.

Pre-eklampsia juga boleh melarat dengan simptom-simptom tambahan seperti pening kepala, kenaikan berat badan akibat bengkak air, penglihatan kabur dan sering mual dan muntah. Catitkan simptom yang anda selalu alami dan bincangkan dengan doktor.

3. Kesan Pre-eklampsia

Pre-eklampsia dapat dielakkan dengan pengesanan awal daripada doktor. Jika kondisi ini tidak dirawat, ia dapat memberikan kesan negatif pada ibu dan bayi. Ibu mengandung yang tidak dirawat berisiko mengalami eklampsia iaitu pre-eklampsia berserta sawan.

Kesan lain ialah ibu mengandung berisiko mengalami kerosakan organ seperti buah pinggang dan hati. Si bayi pula mengalami tumbesaran yang sedikit perlahan kerana kekurangan bekalan darah ke plasenta. Bayi juga mungkin tidak cukup bulan kerana jika kondisi ini serius, doktor akan sarankan pada anda untuk melahirkanĀ anak sebelum tempohĀ 36 minggu.

4. Siapa Boleh Terkena Pre-eklampsia?

Ibu mengandung yang pernah terkena preeklampsia pada kehamilan sebelumnya berisiko mengalaminya lagi pada kehamilan akan datang. Anda juga berisiko jika ada ahli keluarga terdekat mengalami kondisi ini. Wanita yang mempunyai penyakit seperti diabetes, penyakit buah pinggang dan darah tinggi juga berisiko menghidap pre-eklampsia.

Faktor penyumbang lain ialah obesiti, umur ibu antara 20 dan 35 dan hamil lebih daripada seorang ( kembar dua atau tiga).

5. Pre-eklampsia Boleh Berlaku Selepas Melahirkan Bayi

Walaupun jarang berlaku, preeklampsia juga boleh dialami selepas melahirkan anak. Kondisi ini dinamakan postpartum pre-eklampsia dan selalunya berlaku selepas 48jam dari tempoh kelahiran dan boleh berlanjutan sehingga sebulan.

Semua simptomnya adalah sama dengan pre-eklampsia semasa kehamilan. Sebagai langkah pencegahan, ibu akan diberikan ubat sawan dan pencegahan darah tinggi serta dinasihati untuk tinggal di hospital untuk pemerhatian lanjut. Berhubung dengan doktor segera jika simptom-simptom pre-eklampsia terjadi.

Jalani Pemeriksaan Bulanan Secara Konsisten

Sehingga ke hari ini, kondisi pre-eklampsia masih tiada ubatnya melainkan dengan pemerhatian khusus oleh doktor. Jika ubatan dapat membantu melanjutkan usia kehamilan, doktor akan sarankan supaya bayi dapat lahir dengan sihat. Jika tidak, doktor akan sarankan untuk melahirkan dengan keadaan bayi tidak cukup bulan.

Amalkan kesihatan optimum dan gaya hidup sihat sewaktu kehamilan demi kesihatan anda dan bayi. Hadiri pemeriksaan kesihatan dan bincangkan dengan doktor terutamanya jika terdapat tanda-tanda yang mendorong kepada penyakit.

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah