Bayi Pramatang – 3 Perkara yang Anda Wajib Tahu

[rank_math_breadcrumb]

Setelah lama pramatang bayi anda ditahan di hospital, akhirnya hari yang dinanti telah pun tiba. Doktor membenarkan anda membawa si kecil pulang ke rumah. Tentunya keterujaan yang tidak terhingga kepada ANDA sebagai ibu bukan? Tapi perasaan gembira bercampur dengan kerisauan terhadap tahap kesihatan bayi, berasa ragu-ragu sama ada anda mampu menjaga bayi tersebut dengan sempurna.

ANDA tak perlu risau. Doktor tak akan membenarkan anda membawa pulang si kecil sekiranya tahap kesihatan si kecil kesayangan masih ditahap yang membimbangkan. Namun begitu, ada beberapa perkara yang anda WAJIB tahu demi kesihatan si kecil. Disini kami ingin berkongsi Panduan Penjagaan Bayi Pra matang Di rumah anda.

 

web-Baby-Boy-1 (1)

1. Pentingkah memberi susu ibu kepada bayi?

Jika anda telah mula memberi anak anda susu ibu semasa di hospital, ia merupakan satu permulaan yang baik. Kerana di hospital, jururawat boleh membantu dan memberikan tips cara memberi susu ibu kepada bayi pramatang. Justeru, dengan bantuan jururawat, proses memberikan susu ibu kepada bayi menjadi sedikit mudah. Jadi sekiranya bayi sudah berada di rumah, walaupun bayi masih makan melalui tiub. Anda masih mampu memberikan susu ibu kepada si kecil.

Walau bagaimanapun, proses memberi susu kepada bayi anda tanpa bantuan jururawat menjadi sedikit payah dan kekok. Tetapi anda harus teruskan memberi susu anda kepada bayi.Kerana susu ibu memberi manfaat yang amat penting kepada bayi anda. Susu ibu lebih mudah untuk dihadam dan mampu melindungi bayi anda dari jangkitan kuman serta membantu tumbesaran bayi.

Selain dari manfaat susu ibu dari segi kandungannya, memberi susu ibu juga akan mengikatkan hubungan yang lebih erat antara anda dan si kecil. Walaupun proses memberi susu ibu sedikit sukar, tetapi anda akan merasa puas dengan manfaat yang anda peroleh dari usaha tersebut.

image01_4x3

 
2. Perlukah Saya Mengawasi Cara Pernafasan Bayi Saya?

Ye perlu, tetapi ia adalah sesuatu yang normal kepada bayi pramatang untuk mempunyai pernafasan yang tidak sekata. Terkadang ada kes bayi yang berhenti seketika sebelum menyedut oksigen. Perkara ini berlaku kerana sebahagian dari bahagian otak bayi yang mengawal system pernafasan dan otot yang membuka saluran pernafasan masih belum matang. Hal ini biasa terjadi. Tetapi AWAS, jika bayi berhenti bernafas lebih dari 20 saat, kerana itu merbahaya.

Semasa bayi anda berada di hospital, jururawat akan memantau keadaan pernafasan bayi tersebut dengan menggunakan pengawasan pernafasan (apnoea monitor). Sekiranya bayi anda mempunyai masalah pernafasan yang berisiko tinggi, jururawat atau doctor akan memaklumkan kepada anda. Andai kata anda masih risau jika tidak dapat mengawasi system pernafasan bayi anda dengan betul, anda boleh mendapatkan apnoea monitor untuk kegunaan di rumah.

Apnoea monitor amat memudahkan kerja anda dalam memastikan pernafasan bayi sentiasa dipantau. Ia mempunyai alat pengesan yang boleh mengesan pergerakan dada bayi. Dipasang seperti tali pinggang di dada bayi anda dan disambungkan ke sebuah mesin yang akan mengeluarkan bunyi sekiranya bayi anda berhenti bernafas. Ingat, berhenti bernafas buat seketika bagi bayi pramatang adalah normal. Jadi, anda tidak perlu risau jika ia berlaku bawah 20 saat.

Sekiranya apnoea monitor semakin kurang berbunyi, itu menunjukkan sistem bayi anda sedang berkembang dengan baik. Jika, apnoea monitor berhenti berbunyi, itu menandakan sistem pernafasan bayi anda sudah matang.

 

image001

 

3. Bagaimana Saya Ingin Memastikan Bayi Saya Selamat dan Sihat Di Rumah?

Langkah pertama yang amat penting ialah memastikan anda dapat membawa pulang bayi anda ke rumah dengan selamat. Anda perlu memasang tempat duduk keselamatan khas untuk bayi. Setelah itu anda perlu bertanya kepada jururawat berkenaan dengan posisi kedudukan yang terbaik kepada bayi anda. Adalah lebih baik jika ada orang yang dapat memantau keadaan bayi sepanjang perjalanan pulang. Jika anda tidak mempunya kerusi keselamatan tersebut. Anda boleh mendukung bayi anda, tetapi pastikan bayi anda selesa supaya tidak mengganggu sistem pernafasan bayi.

Selain itu, anda juga perlu menidurkan bayi anda dalam posisi yang betul. Pastikan bayi anda TIDAK tidur meniarap. Jika ini terjadi, bayi anda akan susah bernafas dan kemungkinan boleh membawa kepada MAUT.

Bayi pramatang kebanyakannya akan mempunya bahgian belakang kepala yang rata. Ini disebabkan oleh waktu tidur mereka yang terlalu lama di pusat rawatan rapi di hospital. Jadi untuk memastikan bahagian belakang kepala bayi anda kemnali normal. Apabila bayi anda sudah boleh menggerakkan leher dan sudah kuat. Anda boleh meletakkan bayi dalam keadaan meniarap. Kecuali waktu tidur.

 

premature

Justeru, penjagaan yang rapi semasa proses kematangan sistem bayi anda amatlah penting. sedikit kecuaian akan memberi kesan kepada kehidupannya setelah dewasa kelak. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam menjaga bayi anda dengan lebih baik.

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah