10 Tips Cara Cepat Hamil Bagi Wanita Yang Sedang Mencuba

[rank_math_breadcrumb]

Bagi meningkatkan kesuburan wanita, langkah pertama dan utama yang perlu dilakukan ialah menambah baik tahap kesihatan tubun badan. Tetapi…Adakah cara lain yang boleh meningkatkan potensi untuk mengandung?

Dr Mary Ellen Pavone, seorang doktor pakar dalam bidang kesuburan menyatakan, tiada satu nasihat paling penting bagi seorang wanita yang ingin mengandung melainkan betapa perlunya wanita tersebut mengetahui dengan mendalam tentang keseluruhan dirinya seperti tahap kesihatan, kitar haid, keperluan nutrisi dan lain-lain.

“Ianya sangat penting untuk wanita tersebut memantau kitaran haidnya bagi membolehkan dia melakukan hubungan seks tepat pada waktu yang meningkatkan potensi mengandung”.

Ini 10 tips cara cepat hamil yang kami kongsikan yang dapat membantu anda mencapai impian memiliki zuriat.

1. Rekod Kekerapan Kitar Haid Anda

Wanita yang mahukan anak perlu sentiasa memantau sama ada hari pertama datangnya haid adalah dalam tempoh yang sama setiap bulan. Sekiranya tidak sama, itu bermakna kitarannya tidak konsisten.

Dengan memantau kitaran haid anda, anda mampu meneka dengan lebih baik hari dimana anda paling subur, iaitu hari ovari anda mengeluarkan telur untuk disenyawakan setiap bulan.

Menurut Persatuan Kehamilan Amerika, telur wanita hanya mampu bersenyawa dalam tempoh 12-24 jam setelah ia dikeluarkan manakala sperma lelaki mampu bertahan sehingga 5 hari dalam badan wanita.

Jadi, waktu yang terbaik untuk melakukan hubungan seks ialah 1-2 hari sebelum hari anda subur.

2. Memantau Ovulasi Untuk Lebih Cepat Hamil

Kredit : Shutterstock

Ovulasi ialah keadaan di mana ovari anda mengeluarkan telur untuk disenyawakan. Wanita yang mempunyai kitar haid yang normal akan berovulasi kira-kira dua minggu sebelum haidnya keluar.

Sangat susah untuk menentukan hari ovulasi bagi wanita yang mempunyai kitar haid yang tidak normal, tetapi biasanya ovulasi wanita ini berlaku 12-16 hari sebelum haid.

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan bagi menentukan hari paling subur anda setiap bulan.

I. Menggunakan Kit Ramalan Ovulasi. Kit ini boleh didapati di farmasi berhampiran rumah anda. Kit ini akan mengesan hormon luteinizing yang akan meningkat semasa hari ovulasi anda setiap bulan melalui air kencing. 3 hari selepas anda mendapat keputusan positif dari kit ini ialah hari terbaik untuk anda melakukan hubungan seks dengan suami anda untuk mengandung.

ii. Mengenal Pasti Cecair Mukus Serviks Anda – Anda perlu selalu memeriksa jumlah dan warna cecair mukus yang keluar dari vagina anda. Menurut March of Dimes, biasanya sebelum ovulasi berlaku, jumlah mukus akan bertambah dan warnanya juga lebih jelas dan lebih licin.

Apabila mukus lebih licin, ia membantu sperma untuk meluncur masuk menuju ke telur yang telah dikeluarkan. Satu kajian dalam tempoh 6 bulan yang diterbitkan di Jurnal Kesuburan mendapati wanita yang kerap memeriksa cecair mukusnya dengan konsisten, 2.3 kali lebih tinggi potensinya untuk hamil.

3. Melakukan Hubungan Seks Selang Sehari Dalam ‘Tempoh Subur’

‘Tempoh Subur’ wanita biasanya selama 6 hari iaitu 5 hari sebelum ovulasi berlaku dan hari ovulasi berlaku. Inilah tempoh masa paling subur bagi wanita setiap bulan.

Kajian menunjukkan, tiada perbezaan bagi pasangan yang melakukan hubungan seks setiap hari atau selang sehari semasa dalam ‘Tempoh Subur’. Jadi, pakar menasihatkan untuk melakukan hubungan seks selang sehari dalam ‘Tempoh Subur’ tersebut.

Ini kerana ia dapat memberikan masa dan ketenangan pada pasangan tersebut dan mengurangkan stress. Keadaan yang stress membuatkan sperm lebih lemah.

4. Berusaha Untuk Mendapatkan Berat Badan Yang Sihat

Menjadi terlalu gemuk mengurangkan potensi wanita untuk mengandung, tetapi menjadi terlalu kurus lebih berbahaya.

Kajian menunjukkan wanita yang berat badannya berlebihan mengambil masa 2 kali lebih panjang untuk mengandung berbanding wanita yang BMInya normal. Manakala wanita yang terlalu kurus pula 4 kali lebih lama masa diambil untuk mengandung.

Lemak badan berlebihan menghasilkan hormon estrogen yang boleh mengganggu proses ovulasi. Menurut Pertubuhan Perubatan Reproduksi US,hanya dengan mengurangkan 5-10% berat badan, seorang wanita boleh meningkatkan kebarangkalian untuk mengandung.

Jadi, berusahalah untuk menurunkan berat badan anda sekiranya anda betul-betul mahukan zuriat bagi menghiasi dunia rumahtangga anda.

5. Amalkan Vitamin Prenatal

Dr Pavone juga mencadangkan wanita yang berusaha untuk mengandung mengambil vitamin prenatal. Cara ini membantu badan wanita tersebut lebih bersedia untuk hamil.

Kaedah lain ialah mengambil multivitamin yang terdiri daripada asid folik, vitamin B setiap hari. Dua vitamin ini sangat penting bagi mengelakkan bayi dari lahir cacat di otak dan tulang belakangnya.

Ini kerana, salur saraf otak dan tulang belakang mula terbentuk 3-4 minggu selepas persenyawaan yang mana biasanya kita masih lagi tidak perasan yang kita sedang mengandung.

Jadi, waktu terbaik ialah amalkan multivitamin tersebut 2-3 bulan lagi sebelum anda mengandung.

6. Amalkan Pemakanan Sihat

makanan berkhasiat untuk ibu hamil

Walaupun tiada diet spesifik yang membantu kesuburan anda, pemakanan sihat membantu badan wanita untuk lebih bersedia dengan nutrisi yang diperlukan seperti kalsium, protein dan zat besi.

Selain mengamalkan multivitamin yang mengandungi asid folik dan vitamin B, anda juga boleh mendapatkan asid folik dari sumber semulajadi seperti sayuran hijau brokoli, kekacang dan buah sitrus seperti oren dan lemon.

Semasa tempoh mencuba untuk hamil, elakkan seboleh mungkin untuk makan ikan yang tinggi jumlah merkurinya seperti iklan mackerel dan tuna.

Selain itu juga, bagi peminat kopi, anda perlu hadkan hanya kepada 1 cawan sahaja sehari. Menurut kajian, terdapat perkaitan antara kafein yang terdapat pada kopi sekiranya diminum melebihi 500mg setiap hari dengan kurangnya kesuburan wanita.

7. Bersukan Dalam Kadar Yang Perlu

Wanita yang aktif bersukan lebih tinggi potensinya untuk hamil tetapi sekiranya dilakukan berlebihan, ia akan menganggu proses ovulasi anda.

Kajian menunjukkan wanita yang aktif bersukan sebelum hamil bukan sahaja meningkatkan potensi hamil malah ia juga mengurangkan risiko sebarang komplikasi semasa anda mengandung seperti kencing manis dan pre-eklampsia.

Antara aktiviti mudah yang boleh anda lakukan ialah berjalan kaki. Paling baik, cuba amalkan 10 000 langkah setiap hari.

8. Peningkatan Umur

Semakin meningkat usia seorang wanita semakin menurun kadar kesuburannya. Ini kerana kualiti dan kuantiti telur yang dikeluarkan wanita seiring dengan usianya.

Peningkatan umur juga meningkatkan risiko masalah kesihatan seperti fibroids, endometriosis dan salur fallopian tersumbat yang menyumbang kepada penurunan kesuburan anda.

Kadar kesuburan anda mula menurun bermula apabila umur anda menginjak 30 tahun ke atas dan semakin rendah pada umur 37-40 tahun. Jadi, potensi untuk anda mengandung juga semakin kurang.

9. Tinggalkan Terus Amalan Merokok Dan Minum Arak

Merokok boleh menyebabkan wanita mandul. Bahan kimia yang terdapat dalam asap rokok seperti nikotin dan karbon monoksida membuatkan anda mandul dengan lebih cepat.

Selain itu juga merokok mengurangkan jumlah telur yang dikeluarkan seorang wanita menurut MayoClinic.

Malah, ini bukan sahaja terjadi pada perokok wanita, tetapi turut terjadi pada wanita yang hidup dengan suami yang kaki perokok.

Alkohol dan minuman keras juga menjadi penyebab kurangnya kesuburan seorang wanita. Hanya dengan minum 1 atau 2 gelas sahaja telah meningkatkan risiko kurang subur. Jadi, elakkan terus.

10. Tahu Bila Masanya Anda Perlukan Bantuan

Kedua-dua isteri dan suami dibawah umur 35 tahun perlu menjalani ujian kesuburan apabila telah berusaha dengan ilmu yang betul selama satu tahun berturut-turut.

Manakala bagi pasangan yang berumur 35 ke atas, anda dinasihatkan untuk berjumpa pakar selepas 6 bulan anda mencuba dengan kaedah yang betul.

Adakah Posisi Seks Mempengaruhi Cara Cepat Hamil Selepas Haid?

Tiada bukti dan kajian yang menunjukkan posisi seks mempengaruhi untuk anda lebih cepat hamil. Tetapi terdapat beberapa posisi yang membantu sperma untuk masuk dengan lebib banyak.

Posisi seks membantu kedua-kedua pasangan untuk lebih selesa seterusnya membawa kepada hubungan intim yang lebih puas dan nikmat.

Jadi, jangan terlalu memikirkan tentang posisi terbaik. Enjoy dan nikmatilah hubungan anda dan pasangan sebaiknya.

Nasihat kami, teruskan berusaha dan tambahkan pengetahuan berkaitan yang dapat membantu anda untuk lebih cepat hamil. Jangan terlalu stress dan abaikan apa sahaja kata-kata dan sindiran dari orang lain.

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah