
Minggu ini bayi anda sudah sebesar sweet potato dengan ukurannya sepanjang 6.5 inci dan seberat 290 gram. Bermula minggu ini, bayi akan diukur dari kepala hingga ke kakinya.
20 minggu bermaksud sudah empat bulan dan dua minggu anda hamil. Tahniah. Kini secara rasminya anda sudah pun melepasi separuh dari garisan tamat kehamilan anda.
Berjaya menghadapi kehamilan selama 20 minggu adalah sesuatu yang perlu anda banggakan. Sekarang, anda mungkin akan menghadapi simptom simptom seperti dibawah pula.
Pertambahan berat badan anda semakin kurang drastik dan mendadak tetapi masih lagi berlaku kenaikan. Ingat! Kenaikan yang baik ialah sekitar 500-900 gram seminggu sahaja.
Inilah masanya untuk anda mengenal pasti jantina bayi anda melalui imbasan ultrasound. Ianya membantu untuk anda merancang segala kelengkapan bayi anda nanti.
Bayi anda juga akan menelan sekitar beberapa ratus gram air ketuban setiap hari (lebih banyak dari sebelum ini) bagi melatih deria rasa lidahnya.
Sekiranya bayi anda kembar, doktor akan memeriksa saiz kepala bayi anda supaya sama saiznya. Sekiraya tak sama, beberapa pendekatan akan diambil bagi memastikan tiada masalah tumbesaran pada setiap bayi anda.
TIPS MINGGU INI
Rancang pemeriksaan imbasan ultrasound anda bila-bila masa selepas dari minggu ke 20 bagi mengetahui jantina bayi anda.
Sekiranya anda memandu kenderaan sendiri, bincang dengan suami untuk membawakan anda dan tidak lagi memandu sendiri. Kajian mendapati, risiko kemalangan 42% lebih tinggi berlaku pada wanita yang sedang hamil pada trimester kedua.
2 Comments
Wah tak sabarnya nak tunggu si kecil lahir. Terima kasih sebab berkongsi maklumat dan tips. 😘
Sama-sama puan. Jangan lupa share ya. Supaya lebih ramai ibu-ibu hamil boleh tahu sekali =)