
Minggu ini bayi anda sudah sebesar buah mangga dengan ukurannya sepanjang 6 inci dan seberat 240.9 gram dan sedang membesar dengan sangat pesat.
19 minggu bermaksud sudah empat bulan dan satu minggu anda hamil. Ini bermaksud anda sudah pun menjalani tempoh kehamilan separuh dari keseluruhan 9 bulan. Tahniah!
Simptom kehamilan pada minggu ke 19 tidak teruk tetapi lebih kepada membuatkan anda rasa tak selesa. Antaranya ialah :
Salutan Pada Kulit – Kulit bayi anda yang sensitif itu kini sudah disaluti dengan vernic caseosa, satu salutan seperti keju yang berwarna putih. Salutan ini akan melindungi kulit bayi dari berkedut akibat terlalu lama dalam air ketuban anda.
Pernafasan – Paru paru bayi sudah membentuk dengan saluran bronchioles mula terhasil pada minggu ini.
Tendangan Bayi – Dah mula rasai tendangan bayi anda? Sekiranya belum jangan panik. Sudah tak lama lagi untuk anda menikmati antara momen terindah sepanjang kehamilan seorang wanita.
Pergerakan bayi sudah semakin jelas dirasai dan membuatkan anda lebih gembira pada minggu ini.
Kulit bayi juga sedang disaluti dengan salutan putih yang akan melindungi bayi semasa bersalin nanti.
Sekiranya anda membuat pemeriksaan kesihatan pada minggu ini, doktor mungkin akan membuat pemeriksaan terperinci bagi memastikan semuanya dalam keadaan baik.
TIPS MINGGU INI
Anda mungkin akan menghidapi jangkitan kulat semasa hamil. Jadi, jangan gunakan sebarang ubat yang dibeli dari farmasi tanpa merujuk doktor terlebih dahulu.
Pastikan anda tidak membuat sebarang aktiviti yang boleh membuatkan anda terlalu letih. Ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda.