5 Panduan Penting Memilih Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Hamil

makanan berkhasiat untuk ibu hamil
[rank_math_breadcrumb]

Tidak dinafikan lagi, makanan berkhasiat untuk ibu hamil amat penting dan berkait rapat dengan kesihatan ibu serta bayi dalam kandungan. Ini kerana, semasa mengandung, apa sahaja yang ibu hamil makan atau minum akan menjadi sumber nutrien bagi bayi.

Pentingnya Memilih Makanan Diet Untuk Ibu Hamil

Konsep bahawa ‘ibu hamil perlu makan untuk 2 orang’ adalah salah. Memang benar, adanya keperluan untuk penambahan 300 kalori setiap hari berbanding hari biasa, namun 300 kalori ini sebenarnya bukanlah begitu banyak sebenarnya. Menurut sumber, 300 kalori ini lebih kurang sama dengan lebih kurang semangkuk mihun sup, 2-3 keping kuih muih, atau 1 biji pau ayam sahaja.

Selain memilih makanan berkhasiat untuk ibu hamil, penting juga agar anda mengetahui cara pengendalian makanan yang betul dan mengelakkan cara pemakanan yang berisiko terhadap perkembangan bayi seperti alkohol.

5 Panduan Memilih Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Hamil

Berikut adalah beberapa panduan ringkas memilih makanan berkhasiat untuk ibu hamil.

1. Pilih Pemakanan Seimbang Dari Semua Kumpulan Makanan

Pertama sekali, ibu mengandung perlu memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi.

Makanan utama yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad. Makanan jenis ini juga berserat tinggi dan boleh mengelakkan sembelit
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Perbanyakkan dari sumber bijirin penuh (whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Selain itu, boleh juga mendapatkan sumber protein dari daging, ayam, ikan, telur, dan kekacang.
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yogurt, keju

2. Utamakan Kebersihan

Semasa hamil, anda berisiko untuk mendapat jangkitan termasuklah melalui pemakanan. Oleh itu, sebaiknya hadkan daripada terlalu kerap makan di luar kecuali jika anda benar-benar yakin terhadap kebersihannya.

Sebelum memakan buah-buahan atau sayuran dari jenis salad, cucikannya agar bersih dari sisa-sisa tanah. Begitu juga untuk makanan yang akan dimasak.

3. Masak Makanan Sepenuhnya

Untuk menghindari kontaminasi (seperti campylobacter, salmonella, dan E.coli), pastikan makanan dimasak sepenuhnya. Semasa memasak kerang-kerangan, elakkan memakan kerang yang tidak terbuka.

Makanan mentah seperti sushi atau sashimi perlu dielakkan kerana ia berisiko terhadap jangkitan atau kontaminasi. Jadi, tangguhkan dahulu makanan jenis ini kecuali jika anda benar-benar yakin dengan tahap kecekapan serta kebersihan tukang masak di sesebuah restoran tersebut.

Selain itu, ibu hamil disarankan hanya minum susu yang telah dipasteurkan, iaitu susu UHT.

4. Hadkan Makanan Tinggi Merkuri

Sungguhpun hampir semua makanan laut mengandungi merkuri, namun terdapat beberapa jenis makanan laut seperti ikan tilefish, mackerel, todak, bluefish, striped bass, tuna, dan marlin memiliki kandungan merkuri yang lebih tinggi berbanding ikan lain. Jadi, cuba hadkan pengambilan makanan laut daripada jenis ini. Merkuri dikatakan boleh menyerap terus dari plasenta kepada bayi lalu menjejaskan perkembangannya.

Namun begitu, makanan laut juga membekalkan sumber penting untuk bayi seperti EPA dan DHA dari Omega-3. Beberapa jenis makanan laut seperti seperti ikan keli, sardin, udang, kerang dan salmon juga mengandungi merkuri, tetapi masih selamat dan boleh dihadkan sekitar 340 gram / minggu.

5. Kurangkan Kafein Dan Minuman Bergula

Minuman berkafein dan minuman yang tinggi kadar gulanya perlu dihadkan, terutama kopi jenis instan atau minuman bersoda. Bagi ibu-ibu yang menghidap diabetes gestasi atau obesiti, gantikan snek-snek manis dengan buah-buahan segar atau buah-buahan kering mengikut saranan doktor. Sebaliknya, banyakkan meminum air masak dan cuba bertukar kepada pemanis semulajadi seperti madu asli.

Minum cukup air dapat meningkatkan kesihatan ibu selain mencegah kelahiran bayi pramatang, buasir, sembelit, pembengkakan berlebihan, dan jangkitan.

Tingkatkan Kualiti Makanan Harian

Semasa mengandung, jangan sekadar memberi fokus untuk meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting sebenarnya adalah kualiti makanan yang anda makan.

Jika anda mengalami anemia atau masalah kesihatan lain seperti morning sickness yang teruk, pastikan anda mematuhi pengambilan multivitamin dan suplemen seperti yang disarankan oleh doktor agar keperluan nutrisi harian anda tetap dapat dikekalkan.

 

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah