- Sensitif Dengan Cahaya – Mata bayi anda mula bergerak-gerak apabila melihat cahaya walaupun masih tidak terbuka
- Refleks Menghisap – Kebiasaan menghisap jari sudah mula pada bayi dari minggu lepas. Pada minggu ke 16, bagi mungkin sudah boleh membuat aktiviti menghisap dengan lebih baik.
- Kedudukan Yang Betul – Sistem aliran darah pada bayi sudah mula berjalan sepenuhnya dengan mengepam darah sebanyak 23.65 liter darah setiap hari.
Kulit bayi masih lagi lutsinar dengan mukanya sudah mempunyai kening dan bulu mata.
Bayi juga sudah mula dapat mendengar suara anda semasa anda bercakap semasa minggu ke-16. Satu kajian telah dilakukan dan mendapati, bayi dapat mengesan bunyi yang bernada sama yang didengarkan semasa dia dalam kandungan selepas dia dilahirkan.
Rambut yang nipis yang juga dikenali sebagai lanugo telah mula tumbuh di kawasan kepala bayi ketika ini dan sistem saraf bayi sudah mula menjalankan tugas.