- Kulit Halimunan – Kulit bayi anda masih lagi sangat nipis membolehkan salur darah yang sedang terbentuk dapat dilihat secara terus.
- Tulang – Sekiranya ujian X-Ray dilakukan pada minggu ini pada bayi anda, tulangnya dapat dilihat dengan jelas.
- Kedudukan Yang Betul – Banyak organ dan anggota badan bayi sudah mula berada di tempat yang betul seperti teleinga dan mata.
Kini bayi anda sudah boleh menggerakkan hampir ke semua bahagian tangan, kaki, lutut dan sikunya. Malah, bayi juga mungkin mengalami sedu semasa minggu ke 15.
Bayi juga sudah mula mempersiapkan diri mereka untuk hidup di luar dari kawasan janin anda mulai minggu ini. Bayi anda mula berlatih pernafasan, hisapan dan menelan.
Walaupun bayi sudah mula melakukan pergerakan, anda mungkin tidak merasainya kerana berat bayi yang masih terlalu kecil.