- Bersedia Untuk Menyusu – Bayi anda sudah mula pandai menghisap dan menelan dan bersedia untuk menyusu nanti.
- Deria Pendengaran Lebih Jelas – Telinga bayi anda sudah semakin sempurna terbentuk dan semakin jelas mendengar suara anda.
- Baju Panas Bayi – Storan lemak mula membentuk di bahagian bawah kulit bayi anda. Ini dapat membekalkan tenaga dan menjadikan bayi anda lebih selesa selepas kelahiran nanti.
Bayi anda semakin kuat dan besar. Tulang rawan bayi kini sudah bertukar menjadi tulang penuh. Selain itu, lemak juga mula terbentuk di keliling tulang menjadikannya lebih kuat.
Menariknya minggu ini, cap jari bayi anda sudah mula terbentuk menjadikan anak anda ialah satu-satunya manusia di atas muka bumi ini. Tiada yang serupa dengannya.
Paru paru mula menghembus keluar cecair ketuban dan sistem air kencing bayi juga sudah menjalankan tugasnya.