- Mata Bayi – Ketika ini, warna mata bayi boleh jadi biru, kelabu atau coklat, tetapi sebaik sahaja terdedah dengan cahaya, ia mula berubah. Pada umur 1 tahun, barulah warna matanya kekal.
- Rambut Gugur – Lanugo, rambut yang sangat halus yang menutupi tubuh bayi mulai gugur menandakan bersalin semakin hampir.
- Menangis – Paru paru bayi mengembang dan kotak suaranya sudah terbentuk menandakan bayi akan mula berkomunikasi dengan anda dengan cara menangis.
Bayi mula menanggalkan lapisan berwarna putih (vernix caseosa) dari kulitnya. Anda mungkin dapat melihatnya semasa bayi keluar nanti.
Sekiranya anda ada temujanji dengan doktor pada minggu ini, doktor akan memeriksa bukaan rahim anda samada sudah terbuka untuk bersalin atau pun belum.
Bayi anda meneruskan latihan pelbagai kemahiran yang diperlukannya nanti selepas dilahirkan iaitu menarik dan menghembus air ketuban, menghisap, menelan, menggenggam dan mengelipkan mata.