Cap Jari – Pembentukan Cap jari bayi anda sudah sempurna. Kini bayi anda adalah satu satunya yang ada di atas muka bumi.
Perlindungan Saraf – Myelin mula membentuk di sekeliling saraf bayi anda. Proses ini akan terus terbentuk sehinggalah bayi anda mencecah umur satu tahun selepas dilahirkan.
Kedudukan Organ Kemaluan Bayi – Kedudukan organ dan kemaluan bayi sudah berada di posisi yang betul dan boleh dikesan dalam imbasan ultrasound sesi akan datang.
Bayi anda sudah membesar dengan cukup yang membolehkannya untuk menendang, memusing, dan menumbuk kecil di dalam janin.
Selain itu juga, bayi anda sudah mula pandai menguap bersama sama dengan sedu.
Sistem saraf bayi juga semakin matang dan mula membentuk sambungan yang lebih kompleks. Deria rasa juga sudah semakin baik dan dapat membezakan rasa manis dan pahit.