
Minggu ini bayi anda sudah sebesar buah melon canary yang panjang dengan ukurannya sepanjang 19.1 inci dari kepala hingga tapak kaki dan seberat 2.83 kg.
37 minggu bermaksud anda sudah hamil selama lapan bulan dan satu minggu. Tinggal 3 minggu sahaja lagi untuk tarikh jangkaan bersalin anda nanti.
Tinggal hanya lagi 4 minggu sebelum anda sampai ke tarikh dijangka bersalin. Kesemua simptom pada minggu ini berkait rapat dengan saiz bayi yang sudah semakin besar. Antara simptom yang ada ialah :
Sekiranya terdapat simptom yang lain dari kebiasaan, sila berjumpa doktor dengan segera.
Bayi anda meneruskan latihan pelbagai kemahiran yang diperlukannya nanti selepas dilahirkan iaitu menarik dan menghembus air ketuban, menghisap, menelan, menggenggam dan mengelipkan mata.
Sekiranya anda hamil kembar, doktor mungkin akan berbincang dengan anda untuk kemungkinan bersalin czer dan akan dilakukan pada minggu ke 38 kehamilan (minggu depan).
Tidak kisah apa sahaja cara anda bersalin nanti, kawal diri, emosi dan perasaan supaya bersabar dan menganggap itu semua adalah ujian untuk diri anda.
TIPS MINGGU INI
Persiapkan diri anda dengan ilmu ilmu selepas bersalin dan berpantang bagi mengelakkan kes meroyan dan depresi.
Asingkan beg kelengkapan dan pakaian bayi dan anda yang akan dibawa ke hospital bagi memudahkan urusan nanti.