Bolehkah Ibu Hamil Makan Kerang? Ini Yang Anda Perlu Tahu

kerang untuk ibu hamil
[rank_math_breadcrumb]

Umumnya kita tahu bahawa kerang merupakan sebahagian daripada kumpulan makanan laut. Ada jenis kerang yang diperolehi dari laut, sungai, dan sebagainya. Di Malaysia, kerang diolah dalam pelbagai bentuk makanan yang menyelerakan seperti kerang bakar, ada yang dijadikan sambal, dibuat sup, direbus, dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, ia selalu dikaitkan dengan masalah kesihatan tertentu seperti terjadinya gatal-gatal dan alahan. Oleh sebab itu, ada yang menganggap kerang untuk ibu hamil, termasuklah jenis makanan laut lain, tidak selamat dimakan dan boleh membahayakan kandungan. Benarkah begitu?

Manfaat Kerang Untuk Ibu Hamil

Sebenarnya, kerang, tiram, kupang, lala, dan sebagainya adalah makanan yang selamat untuk dimakan oleh ibu hamil, asalkan ianya didapati dari sumber yang bersih dan dimasak dengan sempurna.

Malah, terdapat khasiat tersendiri daripada makanan laut dan kerang untuk ibu hamil. Antaranya adalah kandungan omega-3 yang merupakan sumber DHA serta EPA yang sangat baik untuk perkembangan otak, saraf, dan mata bayi dalam kandungan.

Risiko Makan Kerang Untuk Ibu Hamil

Jika anda tidak pernah mengalami alahan dengan makanan laut sebelum ini, anda tidak perlu risau untuk memakannya, asalkan dalam kuantiti yang sederhana.

Sungguhpun begitu, perlu diingat bahawa kerang berisiko juga dimakan secara keterlaluan tanpa dikendalikan dengan sebetulnya kerana ia boleh menyebabkan anda mudah terkena keracunan makanan ketika hamil.

Di samping itu, perlu diingat bahawa sebarang jenis makanan laut yang tidak dimasak (seperti dalam salad atau makanan Jepun) amat berisiko tinggi kerana ia mungkin mengandungi parasit seperti cacing pita. Cacing pita adalah merbahaya kerana ia boleh menjejaskan kesihatan anda serta bayi dalam kandungan.

kerang untuk ibu hamil
Foto Kredit: istockphoto.com

Cara Memasak Kerang Yang Selamat Untuk Ibu Hamil

  • Sebolehnya, masak sendiri kerang, lala, kupang dan tiram ini kerana tahap kebersihannya dan cara pengendaliannya lebih terjamin.
  • Sebelum memasak makanan laut termasuklah kerang, pastikan ianya dicuci dengan betul-betul bersih.
  • Semasa merebus, membakar, atau memasak dengan apa juga cara sekalipun, pastikan kulitnya terbuka. Ia menandakan kerang sudah masak sepenuhnya. Elakkan memakan mana-mana kerang yang masih tertutup selepas dimasak.
  • Bagi makanan laut yang lain, pastikan juga ianya dimasak sepenuhnya. Gunakan termometer makanan untuk memastikan ia mencapai sekurang-kurangnya 63 darjah.

Bersederhana Dalam Setiap Makanan

Walau apa pun yang anda makan, pastikan ianya diambil secara sederhana dan tidak keterlaluan. Pastikan anda mendapatkan sumber makanan yang seimbang dari semua kumpulan makanan.

Paling penting, banyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan dan elakkan makanan rapu yang berlemak tinggi.

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah