Cara Cepatkan Bukaan Rahim Agar Mudah Bersalin

[rank_math_breadcrumb]

Antara perkara yang membuatkan ibu hamil risau dan takut ialah bersalin. Tak kira samada ibu kali pertama ataupun yang sudah 3-4 orang anak.

Tahukah anda, setiap proses kelahiran itu adalah unik dan istimewa. Tiada satu pun proses bersalin yang sama walaupun kta dah lahirkan 3-4 orang anak.

Semakin anda hampir dengan tarikh bersalin, anda akan mula perasan yang rahim (servik) anda mula mengembang dan semakin lembut.

Proses ini sangat penting kerana ia membuatkan tubuh badan anda lebih bersedia untuk kelahiran.

Sebelum kita membincangkan tentang cara cepatkan bukaan rahim, mari kita mengenali dulu peringkat-peringkat bersalin yang anda akan lalui.

 

Apa Itu Bukaan Rahim?

Rahim atau serviks ialah satu kawasan yang berada di atas dari bahagian vagina (rujuk gambar).

kedudukan serviks wanita
Gambar Rajah Kedudukan Serviks | Kredit : www.conceptionadvice.com

Bukaan rahim pula ialah proses penipisan dinding serviks yang berlaku dengan tujuan untuk memberi laluan kepada bayi yang bakal dilahirkan.

Untuk kelahiran normal yang keluar melalui vagina, dinding rahim perlu mengembang sehingga 10cm.

Tapi, harus diingat, walaupun bukaan rahim diperlukan untuk bersalin, tidak semestinya ia adalah tanda-tanda bersalin sudah bermula.

Bagi sesetengah kes, ada wanita yang rahimnya sudah terbuka beberapa cm, beberapa minggu sebelum tarikh dijangka bersalin lagi.

Tetapi ada juga wanita yang terbuka rahimnya dengan cepat sehingga proses bersalin berlaku dengan pantas, hanya sekitar beberapa jam sahaja.

[Baca juga : Doa Mudah Bersalin Yang Boleh Diamalkan Isteri & Suami]

 

3 Peringkat Bersalin Yang Perlu Anda Tahu

Walaupun setiap proses kelahiran itu unik dan berbeza, tapi peringkat-peringkat bersalin bagi setiap ibu adalah lebih kurang sama.

1. Peringkat Pertama – Peringkat ini ialah peringkat paling lama dan dibahagikan kepada 3 lagi bahagian, iaitu

  • Fasa Awal – Bukaan rahim bermula dari 1cm hingga 3cm
  • Fasa Aktif – Bukaan rahim bermula dari 3cm hingga 7cm
  • Fasa Transisi – Bukaan rahim bermula dari 7cm sehinggalah 100% terbuka iaitu sebesar 10cm.
Gambar Rajah Perbandingan Bukaan Rahim
Gambar Rajah Perbandingan Bukaan Rahim | Kredit : kiddicare.com

Setiap fasa-fasa ini boleh dikenal pasti melalui perubahan emosi dan fizikal yang dihadapi ibu hamil.

Ini antara cabaran terbesar sebelum proses bersalin bermula. Waktu inilah suami sudah perlu mula mmainkan peranan yang penting bagi memberi motivasi kepada isteri.

2. Peringkat Kedua – Peringkat ini bermula dari terbukanya rahim 100% (10cm) sehinggalah bayi berjaya dilahirkan

3. Peringkat Ketiga – Peringkat ini ialah apabila janin berjaya dikeluarkan sepenuhnya dari perut ibu

Peringkat-peringkat Bersalin
Peringkat-peringkat Bersalin | Kredit : Hubpages Health

Cara Mempercepatkan Bukaan Rahim Untuk Mudah Bersalin Dengan Kaedah Semulajadi

​​​​​​​Sebagai peringatan, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum membuat sebarang teknik dibawah.

Ini kerana setiap proses bersalin adalah berbeza bagi setiap orang. Dan pastikan ada bukan dalam golongan ibu hamil yang berisiko tinggi seperti tinggi tekanan darah, diabetes, janin songsang dan lain-lain.

Pilihan terbaik ialah untuk anda cuba cara semulajadi terlebih dahulu bagi membolehkan rahim anda terbuka secara normal.

Sebarang penggunaan alatan, ubatan kimia atau herba yang perlu dimakan mempunyai risiko tersendiri yang perlu dibincangkan dengan doktor terlebih dahulu.

 

1.Berjalan Kaki

Berjalan kaki semasa nak bersalin
Kredit : NDTV.com

Satu kajian menunjukkan aktiviti berjalan kaki membantu sehingga 32% dari 663 wanita lebih cepat bukaan rahimnya dan lebih cepat proses bersalin mereka.

Secara teorinya, berjalan kaki membantu bayi untuk tertarik ke laluan bersalin dengan bantuan graviti.

Tetapi, ianya perlu dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak terburu-buru. Jangan terlalu aktif kerana anda memerlukan tenaga yang banyak semasa meneran nanti.

2. Duduk Di Atas Bola Mengandung Atau Buat Senaman Squat

Anda juga boleh duduk dan bersenam menggunakan bola mengandung ataupun melakukan senaman squat. Aktiviti ini membantu meluaskan otot pelvik dan juga menenangkan otot pelviks.

Pergerakan ini juga membantu anda untuk lebih tenang semasa bersalin nanti.

Selain itu juga, aktiviti ini membantu bayi untuk turun ke bawah hasil tarikan graviti.

Tonton video dibawah untuk melihat contoh senaman yang menggunakan bola mengandung

Buktinya, satu kajian telah dibuat dan mendapati, ibu yang menggunakan bola mengandung semasa hamil dan bersalin akan :

  • Melalui peringkat bersalin pertama yang lebih pendek
  • Kurangnya kes yang memerlukan epidural
  • Kurangnya kes yang memerlukan pembedahan czer

Tahukah anda : Fakta menunjukkan 87% atlet sukan melalui proses bersalin yang lebih pendek dan 50% kurang komplikasi yang bermasalah dibandingkan dengan ibu yang bukan atlet sukan.

3. Rangsang Payudara Atau “Bersama-Sama” Dengan Suami Anda

Semasa merangsang payudara atau melakukan seks bersama suami, anda akan merembeskan satu hormon yang dinamakan oxytocin.

Hormon ini akan membantu proses kontraksi uterus anda.

bersama-sama suami sebelum bersalin
Kredit : WikiHow.com

Selain itu juga, sperma dari suami mempunyai prostaglandins yang akan melembutkan rahim anda dan membuatkan rahim lebih bersedia untuk bersalin.

Amaran : Aktiviti ini hanya sesuai diamalkan ibu hamil yang dijangka bersalin normal. Sekiranya anda dikategorikan ibu hamil berisiko tinggi, sila elakkan.

4. Minum Minyak Castor

minyak castor untuk cepatkan bukaan rahim
Minyak Castor | Kredit : inetarticle.com

Kaedah ini berasal dari zaman Mesir kuno bagi membantu mempercepatkan bersalin.

Satu kajian telah yang telah berjalan selama 5 tahun telah dilakukan sekumpulan saintis. 60ml minyak castor yang dicampur 200ml air suam telah diberikan kepada ibu hamil yang terpilih.

Hasilnya, wanita yang mengamalkan minyak castor lebih tinggi keberangkalian untuk bersalin antara 24 jam selepas minum minyak tadi.

Cara ini lebih selamat dan tidak menggunakan sebarang ubatan kimia dan sintetik.

Apa-apa pun, kajian ini tidak boleh dikira sebagai satu kajian yang signifikan. Rujuk doktor terlebih dahulu sebelum anda membuat sebarang keputusan.

Sekali lagi, pastikan anda bukanlah dikategorikan sebagai ibu hamil berisiko tinggi.

[Baca juga : Cara Membuat Air Selusuh Untuk Mudah Bersalin]

 

Cara Cepat Bersalin Dengan Kaedah Perubatan Moden

Kaedah ini akan dilakukan doktor sekiranya anda mengalami salah satu dari keadaan seperti dibawah:

  • Anda sudah 2 minggu lebih dari tarikh dijangka bersalin
  • Air ketuban sudah pecah, tetapi anda tidak mengalami kontraksi
  • Berlaku jangkitan kuman dalam uterus anda
  • Bayi anda tidak membesar dengan kadar sepatutnya
  • Air ketuban anda terlalu sedikit dan tidak cukup
  • Janin Plasenta anda tercabut dari dinding uterine sebelum bersalin
  • Anda mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis (diabetes) atau tinggi tekanan darah yang membahayakan diri dan bayi
  • Rahim atau serviks tidak terbuka pada kadar 1cm sejam

Sekiranya berlaku salah satu perkara diatas, doktor mempunyai beberapa pilihan untuk dilakukan bagi mempercepatkan bukaan rahim

Kredit : www.business2community.com

1. Menggunakan hormon prostaglandin. Doktor akan memasukkan hormon ini ke dalam rahim atau vagina anda.

Hormon ini akan melembutkan rahim anda dan membuatkan proses kontraksi bermula.

2. Memecahkan Air Ketuban :  Doktor akan menggunakan alat plastik bercangkuk dan memotong kecil membran.

Kemudian doktor akan memasang alat bagi memeriksa denyutan jantung bayi bagi memastikan bayi selamat dan tidak cemas.

3. Sekiranya dua kaedah tadi tidak berjaya, hormon oxytocin pula akan dimasukkan melalui saluran IV dan kaedah drip dan biasanya kontraksi akan bermula dalam 30 minit selepas itu.

Hormon ini akan merangsang uterus dan menyebabkan kontraksi yang kuat dan sengat sakit. Atas sebab ini doktor juga akan mencadangkan ubat tahan sakit melalui kaedah epidural.

 

Pilihlah Yang Terbaik Untuk Mudahkan Proses Bersalin Anda

Walau apa pun pilihan anda untuk membuka rahim dengan lebih cepat supaya mudah bersalin, pastikan anda mendapatkan nasihat dan pandangan dari doktor terlebih dahulu.

Cara yang terbaik ialah membiarkan badan anda bersedia sebaik mungkin untuk menghadapi proses kelahiran.

Kami tahu proses bersalin ialah satu proses yang sangat menakutkan. Anda sudah berjaya sehingga ke tahap ini. Tahniah!

Kami doakan anda untuk berjaya bersalin dengan tenang dan senang dan memperolehi zuriat yang baik dan soleh nanti.

 

Sumber Rujukan : AmericanPregnancy.org, Healthline.com, TheBump.com, NewKidsCenter.com

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah