- Jadual Tidur – Jadual tidur bayi mula tersusun dengan matanya terbuka ketika bangun dan tertutup ketika tidur.
- Kulit Tebal – Salutan berlilin dan seperti keju yang membalut kulit bayi mula menebal pada minggu ini sebelum mula tertanggal.
- Tapak Tangan – Seiring dengan tumbesaran bayi, anda mungkin boleh melihat tapak tangan bayi pada perut anda.
Saiz bayi sudah semakin hampir dengan saiz semasa bersalin nanti. Pada minggu ini, sekiranya bayi anda bayi lelaki, testikelnya akan bergerak ke bahagian bawah menghala ke scrotum.
Kulit bayi pula berwarna pink dan kuku bayi sudah sampai ke hujung jarinya. Doktor akan meminta anda hadir ke klinik setiap minggu untuk pemeriksaan lanjut