Senarai Makanan Berpantang & 16 Resepi Menu Pantang 44 Hari

Senarai Makanan Berpantang
[rank_math_breadcrumb]

Selepas bersalin, wanita akan melalui satu tempoh yang dinamakan tempoh berpantang. Semasa tempoh ini, wanita bersalin akan cuba mengelak dari sesetengah makanan yang dikatakan panas, berangin, sejuk atau pun tajam bagi kerana dikhuatiri menjejaskan luka bersalin serta kesihatan dalaman wanita.

Walaupun ini adalah satu adat dan kepercayaan yang telah diwarisi sejak zaman dahulu dalam masyarakat Melayu, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, tiada bukti mahupun kajian saintifik yang menunjukkan terdapat jenis-jenis makanan yang boleh membahayakan ibu berpantang.

Kunci sebenar kaedah berpantang ialah pemilihan makanan berkhasiat yang mampu mengembalikan tenaga dan kesihatan ibu. Terpulang kepada anda untuk mengikut pantang larang tersebut atau pun tidak.

Berapa Lamakah Tempoh Berpantang

Jangka masa berpantang berbeza mengikut kaum dan tempat di Malaysia, contohnya

  • Wanita melayu selama 40-44 hari
  • Kaum cina dan india pula selama 30 hari

Dibawah kami senaraikan makanan berpantang yang bukan sahaja sesuai untuk wanita bersalin normal tetapi juga wanita yang bersalin pembedahan czer.

Senarai Makanan Dalam Pantang Yang Boleh DimakanSenarai Makanan Dalam Pantang Yang Tak Boleh Dimakan
1. Ayam dan daging Ayam biasa, burung puyuh, merpati, ayam hitam, ayam didik, ayam selasih, ayam kampung.Daging batang pinang, daging kurang lemak dan daging kambing. Kurangkan ayam dan daging yang di bahagian berlemak.
2. Ikan Haruan, yu, selar, gelama, jenahak, merah, tenggiri, kurau, bawal putih, senangin, bilis dan salmon. Ikan kering, ikan masin, keli, bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang, parang, kembung, tamban, cencaru, tongkol, makanan laut seperti udang, ketam dan kerang PALING TAK BOLEH MAKAN.
3. Ulam-ulaman Halia, serai, lengkuas, pegaga, mengkudu, ulam raja, jantung pisang, daun, ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kaduk, daun keseum, pudina, kari.
4. Sayur-sayuran Ubi Kentang, peria, sawi, lobak merah, lobak putih, brokoli, bayam. Ubi kayu, kangkung, petola, terung, timun, tomato, kubis, seledri, terung, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, petola, terung, tomato, kubis, seledri, sayur keladi, pucuk ubi, kacang panjang, labu, kacang botol, petai, jering, cili padi, asam keping
5. Buah-buahan Buah Anggur, kurma, oren, epal merah, strawberi, peach, prune, kismis, longan cina, blueberry, walnut. Nenas, limau, buai lai, tembikai, kiwi, epal hijau, pear, pisang, jambu, belimbing, durian, mangga, betik,ciku, langsat, nangka, cempedak, ubi kayu, sengkuang,manggis dan kuinin.
6. Makanan lainBiskut, roti, nestum, oat, cornflakes, masakan panggang, rebus, kukus, bakar. Tempe, makanan daging yang diperoses, bihun, mee, kuey teow, laksa, masakan berminyak.
7. Air Air suam, pati kunyit, jus pegaga, air halia, kopi, manjakani, halia kurma, madu, air coklat, horlicks. Air berais, air sejuk, bergas, tebu, cincau, kelapa muda, jus buah, cuka buah

Tidak kira diet atau pemakanan orang berpantang yang mana pun anda ikut, pastikan menu menu anda berkhasiat dan seimbang bagi membekalkan nutrisi yang optimum kepada badan anda yang telah bekerja keras semasa anda bersalin tempoh hari.

  • Utamakan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikan, ayam, itik dan daging merah
  • Ambil kalsium dengan cukup, samada dari minum susu atau produk tenusu lain seperti keju. Sangat penting bagi proses penghasilan susu badan
  • Masukkan makanan tinggi serat dalam diet anda bagi memudahkan penghadaman sekaligus membantu proses pembuangan air besar anda nanti. Antara makanan kaya serat ialah buah oren, sayuran hijau dan buah mangga.
  • Elakkan sama sekali minuman berkafein seperti kopi dan teh, minum alkohol dan juga menghisap rokok.

16 Menu Berpantang 44 Hari Yang Boleh Anda cuba

1- Ikan Tenggiri Masak Singgang

Bahan-bahan untuk makanan pantang ini.

  • 1 keping isi ikan tenggiri
  • 1 batang serai
  • 1 sudu teh asam jawa yang diambil airnya
  • 1/2 cm lengkuas muda 8
  • 1/2 cm kunyit hidup *
  • 1 ulas bawang putih *

Cara Masak

Mayang nipis bahan yang bertanda * .Ketuk serai.Panaskan 1 cawan air dan masukkan bahan di atas semua sekali .Biarkan mendidih dan masukkan isi ikan. Perasakan dengan lada hitam tumbuk dan garam sedikit.


2- Ikan Tenggiri Masak Asam
  • 1 keping isi ikan tenggiri
  • 1 sudu teh asam jawa diambil air
  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 cm halia muda

Cara Masak

Mayang halus bahan bertanda * dan masukkan ke dalam air asam jawa. Renehkan ikan bersama air asam jawa sehingga masak. Tambah sedikit air ketika perlu. Perasakan dengan lada hitam tumbuk dan garam.

3- Sawi Lobak Masak Tumis
  • 3 cm lobak merah
  • 1 mangkuk sawi
  • 2 ulas bawang putih

Cara Masak

Panaskan air dan masukkan bawang putih hingga mendidih.Masukkan sayur. Perasakan dengan lada hitam tumbuk.Memang elok makanan dalam pantang seperti ini untuk luka dalaman ibu cepat sembuh.


4- Lempeng Oat Tanpa Gula

Oat yang dikisar halus menjadi tepung atau boleh tambah dtepung gandum.Sebatikan adunan dan bakar .Sukatan mengikut kuantiti yang dimahukan. Gunakan non stick pan untuk elak melekat. Makan dengan sedikit madu asli.


5- Ikan Tenggiri Grill
  • 1 keping isi ikan tenggiri

Cara Memasak

  • Tumbuk kunyit hidup bersama lada hitam dan garam. Lada hitam dikatakan bersifat panas sangat elok untuk para ibu yang dalam tempoh bersalin.
  • Perap bahan tumbuk bersama isi ikan dan grill sehingga masak.
6- Serunding Halia Muda Goreng

Potong halus jejari atau kalau rajin , parut halia muda dan goreng menggunakan minyak yang sedikit serta api yang perlahan. Walaupun mengambil masa , tapi sangat elok supaya badan ibu yang bersalin menjadi panas dan mengeluarkan angin daripada badan.Nanti bonus kurus cantik selepas tempoh berpantang.

7- Sayur Sawi Celur ( Steam )

Cara Buat

Steam atau celur sayur sawi mengikut kuantiti yang anda mahu. Tabur serunding hali goreng , bawang putih goreng dan sedikit minyak bawang putih tadi. Sedap.


8- Ikan Salmon Grill
  • 1 keping isi ikan salmon
  • Tumbuk  lada hitam dan garam
  • Perap bahan tumbuk bersama isi ikan dan grill sehingga masak. Boleh dimakan bersama serunding halia tadi untuk membantu ibu memanaskan badan semasa tempoh berpantang.

9- Sayur Sawi , Carrot Bersama Daging Cincang

Seeloknya resepi berpantang ini diambil pada tempoh selepas 44 hari kerana menggunakan daging

  • Cincang daging hingga lumat
  • Sayur sawi dan carrot
  • Tumis sedikit bawang putih ketuk , masukkan daging sehingga masak barulah ditambah sayur.Perasakan dengan lada hitam dan garam

10- Ayam Masak Steam

Kalau ketika tempoh berpantang , daging ayam salah satu pantang larang bagi para ibu . Kenapa. Sebab ayam yang dijual di pasar sudah disuntik dengan pelbagai hormon dan vitamin untuk mempercepatkan pembesaran. Jadi gunakan ayam kampung sahaja lagi elok.

  • 1/4 ayam kampung
  • Hirisan carrot ,sedikit daun bawang dan daun sup
  • 1 sudu minyak bijan

Cara Masak Resepi Berpantang ini.

Steamkan ayam dengan lada hitam tumbuk , sedikit garam beserta carrot. Kemudian bila masak, tambah minyak bijan , daun bawang dan daun sup. Air rebusan boleh dijadikan sup panas untuk mudah telan nasi.


11- Sambal Lada Hitam Tok Tok

Bahan2

  • ikan bilis,
  • bawang merah,
  • bawang putih,
  • bawang holland besar,
  • lada hitam.

Cara Masak

Layurkan kesemua bahan tu, kemudian tumbuk dgn sedikit garam. Siap, sedap sangat  dimakan bersama nasi panas.


12- Sup Ikan Merah
  • 1 keping isi ikan merah
  • Sedikit brocolli ,carrot , daun sup & daun bawang
  • lada hitam , halia , bawang putih *

Cara Masak

  • Tumbuk bahan yang bertanda *
  • Hiris daun sup, daun bawang, brocolli & carrot
  • Tumis bahan yang dah ditumbuk, bila dah naik bau, masukkan ikan, tumis kejap.
  • Masukkan air, tunggu sehingga mendidih, masukkan garam. Last sekali masukkan sayur semua. Masak sehingga mendidih.
13- Bubur Nasi Ikan Merah

Masak bubur nasi seperti biasa, masukkan hirisan halia, kemudian dah separuh masak, masukkan carrot dipotong dadu and isi ikan merah yang dihiris. Tnggu sehingga masak, perasakan dgn garam. Hidangkan dengan serunding halia, daun bawang, crunchy garlics

P/s : Bubur ni makan dgn ikan bilis masak asam sedap tau.


14- Ikan Merah Tumis Bawang
  • 1 keping isi ikan merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 cm halia muda
  • Daun bawang sedikit

Cara Memasak

Perap ikan dgn garam bersama alda hitam . Goreng ikan merah guna minyak yang sedikit, ketepikan. Tumis bawang halia masukkan semula ikan yang dah digoreng tadi. Kemudian masukkan daun bawang. Hidangkan dengan nasi panas.


15 – Daging Masak Halia Bersawi
  • 1 mangkuk daging batang pinang
  • Sawi , carrot
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia muda

Daging perap dengan minyak bijan sikit .Tumis bawang besar, putih & halia dengan sedikit minyak. Dah naik bau masukkan daging. Biar masak kejap. Letak air sikit utk jadikan kuah, kemudia masukkan sawi & carrot. Perasakan dgn garam dan lada hitam tumbuk


16- Ikan Bilis Masak Asam
  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 1/2 mangkuk hirisan ubi kentang
  • bawang putih,bawang merah dan bawang besar sikit*
  • Air asam jawa sikit

Cara Memasak

Hiris bahan yg bertanda * . Goreng ikan bilis dan ubi kentang kemudian ketepikan. Guna minyak yang sikit, tumis semua bahan bertanda *, kemudian setelah layur, masukkan ikan bilis dan ubi kentang yg dh digoreng tadi. Dah sebati semua, masukkan air asam jawa. Tumis hingga sebati, perasakan dgn garam & lada hitam.

Akhir sekali, pastikan anda minum air kosong dengan cukup sepanjang anda berpantang. Jangan takut untuk minum air disebabkan rasa sakit semasa membuang air kecil.

Kurang minum air boleh menyebabkan dehidrasi pada badan dan mengakibatkan proses pemulihan badan jadi sangat perlahan. Selain itu, susu badan juga akan berkurang.

Ibu berpantang dinasihatkan agar tidak mengamalkan pantang larang makanan yangt terlalu ekstrem dan memudaratkan dengan mengehadkan jumlah pengambilan air dan makanan yang berkhasiat lain.

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah