Bulu Mata – Bulu mata bayi sudah semakin jelas dan nampak cantik di mata bayi anda.
Kuku – Kuku kecil sudah mula kelihatan pada jari bayi anda. Amaran. Kukunya boleh jadi panjang dan tajam semasa dilahirkan.
Latihan Menelan – Bayi anda meneruskan latihan menelan air ketuban pada minggu ini. Latihan ini sangat membantu dalam menjadijan paru paru bayi lebih sihat.
Mata bayi sudah mula terbuka. Ini bermaksud dia sudah boleh melihat kawasan sekelilingnya. Iris, bebola matanya, masih kekurangan pigmen dan tidak berwarna. Warna mata bayi akan berubah sehinggalah umurnya mencecah satu tahun selepas kelahiran nanti.
Gelombang otak bayi semakin aktif pada minggu ini. Bayi mula memberi reaksi apabila mendengar bunyi yang terlalu bising dan juga lebih banyak pergerakan dapat dirasakan.
Bayi juga menguatkan sistem imunnya dengan mengambil antibody dari badan anda.