- Jadual Tidur – Jadual tidur bayi mula tersusun dengan matanya terbuka ketika bangun dan tertutup ketika tidu
- Kulit Tebal – Salutan berlilin dan seperti keju yang membalut kulit bayi mula menebal pada minggu ini sebelum mula tertanggal.
- Tapak Tangan – Seiring dengan tumbesaran bayi, anda mungkin boleh melihat tapak tangan bayi pada perut anda.
Sistem pendengaran bayi sudah terbentuk sempurna dan mula memberi respons pada bunyi dengan lebih jelas.
Tengkorak kepala bayi masih lagi lembut sehinggalah selepas bersalin. Jadi, berhati hati nanti semasa mendukung bayi.
Kulit bayi juga sangat lembut ketika ini dan berat badannya mula bertambah menjadikan bayi sangat comel semasa dilahirkan nanti.