Sambungan Otak – Sambungan antara sel sel dalam otak yang berjumlah trillion sel sedang pesat membangun dan bersambung antara satu sama lain.
Mengantuk – Bayi comel anda senang mengantuk selepas membuat regangan kaki dan tangannya. Nak bangunkannya? Makan atau minum sesuatu yang manis.
Bijak – Bayi anda semakin hebat memproses maklumat dan mengenalpasti kelima-lima derianya.
Bayi tidur lebih banyak dari sebelum ini dan anda mungkin perasan kurangnya pergerakan. Sekiranya bayi diam dalam tempoh yang lama dan corak pergerakannya agak berbeza, sila berjumpa dengan doktor.
Sel-sel otak yang bayi yang sudah semakin banyak yang berhubung membuatkan bayi sudah mula boleh menggunakan kelima-lima derianya.
Walaupun bayi tak dapat menggunakan deria baunya disebabkan berada dalam air ketuban, tapi jangan risau. Bau pertama yang bayi akan bau nanti ialah bau anda sebaik sahaja dia keluar nanti.
Bayi juga boleh membezakan bunyi seperti suara bercakap dan muzik.