6 Cara Berkesan Bantu Ibu Hamil Yang Susah Tidur Malam

susah tidur ketika hamil
[rank_math_breadcrumb]

Masalah susah tidur ketika hamil boleh bermula seawal trimester pertama lagi. Bagi sesetengah wanita, ia mungkin akan berkurang seiring dengan pertambahan usia kehamilan. Tapi, sebahagian wanita mengalami masalah tidur yang lebih teruk apabila bayi bertambah besar. Malah, kehadiran simptom-simptom kehamilan yang lain seperti sakit badan, pedih ulu hati, kekejangan kaki dan pelvis, atau kerap terkencing di waktu malam.

Perubahan hormon dan fizikal seringkali disebut-sebut sebagai punca pelbagai ketidakselesaan semasa mengandung. Mungkin ada wanita yang memikirkan bahawa mereka cuma akan mengalami masalah tidur selepas kehadiran bayi. Tapi, sebenarnya ia boleh bermula sebelum itu lagi.

Apapun, jangan susah hati, berikut adalah beberapa cara mengatasi masalah susah tidur ketika hamil

6 Cara Mengatasi Masalah Susah Tidur Ketika Hamil

1. Kurangkan Minum Air Selepas Pukul 6 Petang

Jika anda mengalami masalah sering ke tandas pada waktu malam, cuba minimakan air yang diminum selepas makan malam.

Minuman seperti kopi atau soda amatlah tidak digalakkan kerana ia menggalakkan pembuangan air kecil yang lebih kerap.

2. Minum Segelas Susu

Menurut laman web kesihatan Fit Pregnancy, minum segelas susu suam sebelum tidur dapat membantu anda tidur dengan lebih lena pada waktu malam.

Ramai pakar berpendapat bahawa asid amino L-trytophan yang terkandung di dalamnya menjadikan paras serotonin meningkat hingga membuatkan kita berasa mengantuk.

3. Cuba Dapatkan Posisi Yang Sesuai

Sekiranya anda selalu mengalami masalah pedih ulu hati, cuba gunakan beberapa biji bantal untuk membantu mendapatkan posisi yang lebih sesuai, di mana bahagian kepala ditinggikan dengan cara yang selesa.

Selain itu, anda juga boleh cuba mendapatkan bantal kehamilan yang direka khas untuk membantu ibu hamil tidur lena. Nampak sangat selesa!

4. Jangan Tidur Semasa Perut Kosong

Menurut pakar pemakanan, rasa loya atau mual lebih mudah menyerang sekiranya anda tidur dalam keadaan perut kosong. Oleh itu, untuk mengelakkannya daripada mengganggu tidur, pastikan anda mengambil sedikit snek berprotein tinggi seperti sandwich, kekacang, atau buah-buahan.

5. Elakkan Makanan Yang Menyebabkan Ketidakselesaan

Apa yang kita makan pada siang hari juga boleh menyebabkan ketidakselesaan pada waktu malam. Antaranya makanan pedas, berempah, berminyak, dan berlemak.

Selain itu, sesetengah wanita juga cenderung mengalami kekejangan kaki semasa tidur. Pakar menyarankan ibu hamil untuk mendapatkan sumber kalsium dan magnesium secukupnya melalui makanan seperti sayuran hijau dan produk tenusu seperti tempe, yogurt, dan tauhu.

6. Urutan

Antara perkara yang paling menenangkan dan membantu masalah susah tidur ketika hamil adalah urutan. Apabila diurut dengan minyak aromaterapi, ia sedikit sebanyak melancarkan peredaran darah.

Lebih seronok kalau dapat diurut oleh suami. Selain memberi kelegaan, dapat juga menenangkan perasaan dan merapatkan hubungan.

susah tidur ketika hamil
Foto Kredit: austinpug.org

Memang Ada Masanya Mata Sukar Dilelapkan

Walaupun dicuba berkali-kali, ada masanya kita memang tak berjaya tidur walaupun jam sudah menunjukkan jam 1 pagi. Jika ia berlaku, berhentilah daripada berpusing-pusing dan berasa stres.

Sebaliknya, cuba lakukan sesuatu seperti membaca buku, mendengar muzik, atau melakukan apa-apa aktiviti yang anda ingin lakukan. Lama-kelamaan, anda pasti akan berasa letih dan tertidur.

Jika perlu, dapatkan tidur siang selama 20-30 minit untuk menampung kekurangan jam tidur pada waktu malam. Dapatkan kepastian dari doktor sekiranya masalah bertambah teruk dan bercadang mengambil sebarang ubat-ubatan atau suplemen tambahan.

Kongsikan Artikel Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Baca Artikel Di Bawah